Pembangunan ujian diagnostik tiga aras untuk mengenalpasti miskonsepsi dalam topik pergerakan bahan merentas membran plasma
Kajian ini bertujuan membangunkan Ujian Diagnostik Tiga Aras (UDiTA) bagi topikPergerakan Bahan Merentas Membran Plasma untuk mengenalpasti miskonsepsi pelajarBiologi tingkatan empat dalam daerah Batang Padang, Perak. Analisis item telahdigunakan bagi tujuan penyemakan dan penambahbaikan item dalam...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5390 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan membangunkan Ujian Diagnostik Tiga Aras (UDiTA) bagi topikPergerakan Bahan Merentas Membran Plasma untuk mengenalpasti miskonsepsi pelajarBiologi tingkatan empat dalam daerah Batang Padang, Perak. Analisis item telahdigunakan bagi tujuan penyemakan dan penambahbaikan item dalam instrumen kajian inibagi menjawab tujuh persoalan kajian. Pembangunan instrumen kajian iaitu UDiTAadalah berdasarkan model Taksonomi Bloom, kriteria konstruk item LembagaPeperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia serta garis panduan membina itemberaneka pilihan. UDiTA telah melalui proses pengesahan dan hasilnya kesahankandungan dan kesahan konstruk adalah tinggi. Kajian rintis yang melibatkan 21 orangpelajar telah dijalankan. Pentadbiran UDiTA yang mengandungi 18 soalan beranekapilihan tiga aras melibatkan 113 responden yang dipilih secara rawak berstrata. Indekskebolehpercayaan Cronbachs Alpha untuk UDiTA dianggarkan 0.830 dan 0.842 untukkajian rintis dan kajian sebenar masing-masing. Min Indeks Kesukaran Item yangdiperolehi ialah 0.31. Min Indeks Diskriminasi Item yang diperolehi ialah 0.50. UDiTAmempunyai 92.6 % pengganggu yang berfungsi. Dapatan kajian menunjukkan tahapmiskonsepsi pelajar berada pada tahap rendah berdasarkan Skor Miskonsepsi-3.Kesimpulannya, UDiTA dapat mengenalpasti miskonsepsi pelajar dengan baik.Implikasinya, UDiTA boleh digunakan sebagai alat penilaian untuk mengenalpastipengetahuan sedia ada, kebolehan dan miskonsepsi pelajar dalam topik PergerakanBahan Merentas Membran Plasma. Model, kriteria konstruk item dan garis panduanmembina item beraneka pilihan yang digunakan dalam kerangka konseptual kajian bolehdiaplikasi untuk pembangunan ujian diagnostik bagi tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran Biologi khususnya. |
---|