Menilai pelaksanaan program guru penyayang terhadap murid orang Asli daerah Tapah melalui model KIPP

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan PGP terhadap muridOrang Asli di sekolah menengah di Daerah Tapah, Perak. Faktor yang dikaji adalahpersepsi guru terhadap dimensi Konteks (hasrat KPM), Input (LADAP dan fizikal bilikdarjah), Proses (kesediaan, pemahamanan dan aktiviti PG...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasniza Othman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5395
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan PGP terhadap muridOrang Asli di sekolah menengah di Daerah Tapah, Perak. Faktor yang dikaji adalahpersepsi guru terhadap dimensi Konteks (hasrat KPM), Input (LADAP dan fizikal bilikdarjah), Proses (kesediaan, pemahamanan dan aktiviti PGP) dan Produk (objektif PGP,sikap dan pengetahuan murid Orang Asli) menggunakan Model Penilaian KIPPStufflebeam. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kaedah tinjauan telahdigunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara sensus di manasemua populasi dijadikan sampel kajian melibatkan 200 orang guru sekolah menengahyang mengajar murid Orang Asli. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu setborang soal selidik yang mempunyai 69 item soalan objektif berskala Likert Lima Mata.Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 23.0 menggunakan analisis deskriptifdan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap persepsi guru manakala statistikinferensi pula melibatkan korelasi dan Ujian Regresi Pelbagai. Dapatan kajian secarakeseluruhannya menunjukkan persepsi guru terhadap pelaksanaan PGP berada padatahap sederhana dan tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan, positif dan kuat antaradimensi Konteks dan Input. Walau bagaimanapun, hubungan antara dimensi Input danProses pula adalah signifikan, positif dan sederhana. Seterusnya, hubungan antaradimensi Konteks dan Proses serta hubungan antara dimensi Konteks dan Produk adalahsignifikan, positif dan lemah. Dimensi Proses merupakan peramal terbaik. Implikasikajian ini adalah untuk memberi sokongan dalam meningkatkan keberkesananpelaksanaan PGP di sekolah-sekolah di Malaysia, terutama dalam kalangan muridOrang Asli.