Hubungan kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum Malaysia ke-12
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan politik kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan persekutuanselepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 di negeri Selangor semenjaktahun 2008. Kajian juga menilai isu yang mempengaruhi hubungan antara kerajaan sertaimplikasi hubungan polit...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5468 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan politik kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan persekutuanselepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 di negeri Selangor semenjaktahun 2008. Kajian juga menilai isu yang mempengaruhi hubungan antara kerajaan sertaimplikasi hubungan politik antara kerajaan terhadap rakyat negeri Selangor. Kaedah kualitatifdilakukan dengan pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan bola salji terhadap rakyat yang menetap di negeri Selangor. Data dikumpul dengan menggunakan kaedahtemu bual semi struktur terhadap ahli politik, ahli akademik dan rakyat di negeri Selangor.Analisis temu bual disokong dengan rakaman video wawancara mengikut kriteria yangmemenuhi keperluan bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri tidak memenuhi ciri keseluruhan konsepfederalisme. Terdapat kenyataan bercanggah antara wakil kerajaan persekutuan dengan wakil kerajaannegeri Selangor yang melibatkan isu air, isu kecurian pasir serta isu pelantikan KetuaSetiausaha Negeri Selangor. Faktor mendorong ketegangan adalah disebabkan perbezaan aliran politikdan kelemahan sistem federalisme di Malaysia. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungantidak harmoni antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor terbahagi kepadadua iaitu implikasi positif dan implikasi negatif. Kesimpulan daripada kajian menunjukkantoleransi antara pemimpin adalah kunci utama keutuhan amalan sistem federalisme di Malaysia. Implikasi kajian menunjukkan kesepakatan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dapat mencegahpertikaian antara kerajaan dan meningkatkan keberkesanan urus tadbir negara. |
---|