Pengaruh faktor sosio-demografi dan ekonomi terhadap pemilikan dan keinginan pemilikan insurans dalam kumpulan B40
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan faktor sosio-demografi dan ekonomi iaitu jantina, taraf perkahwinan, umur, bangsa, lokasi kediaman, tahap pendidikan,pekerjaan, bilangan tanggungan, pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pinjaman yang mempengaruhipemilikan dan keinginan pemilikan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5478 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan faktor sosio-demografi dan ekonomi iaitu jantina, taraf perkahwinan, umur, bangsa, lokasi kediaman, tahap pendidikan,pekerjaan, bilangan tanggungan, pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pinjaman yang mempengaruhipemilikan dan keinginan pemilikan insurans (Hayat, Kesihatan dan Perubatan, Kemalangan Diri &Keluarga) dalam kalangan isi rumah B40 di Perak. Instrumen kajian telah dikumpulkanmelalui pengagihan borang soal selidik yang diedarkan kepada 662 isi rumah B40 melalui penggunaan teknik persampelan berkelompok. Selanjutnya, kaedah kuantitatif dengan rekabentuk kajian kes, telah menggunakan pendekatan Model Logit dan Model Kuasa Dua Terkecildalam menganalisis data-data yang diperolehi dari borang soal selidik. Dalammencapai objektif kajian, empat model telah dibentuk iaitu, Model 1 (kebarangkalian memiliki insurans), Model 2 (perbelanjaan insurans), Model 3 (kebarangkalian keinginanmemiliki insurans) dan Model 4 (kesanggupan perbelanjaan insurans) untuk melihat peranan pembolehubah pendapatan yang merupakan indikator utama dalam mempengaruhi empat pemboleh ubahbersandar tersebut. Dapatan kajian Model 1 menunjukkan bahawa pendapatan ( ?1 = 0.216 )mempengaruhi pemilikan insurans secara positif iaitu, peningkatan dalam pendapatan menyebabkangolongan B40 yang memiliki insurans adalah lebih tinggi sebanyak 21.6% berbanding mereka yang tidakmemiliki insurans. Sebaliknya, dapatan kajian pada Model 3 bertentangan dengan dapatan kajian Model 1 iaitu apabila mereka diberi RM1,000 mereka tidak membelanjakan kearah pembelian insurans dan ini disokong oleh hubungan negatif pemboleh ubah pendapatan (?? = -0.226 ) terhadap pemboleh ubah bersandarkebarangkalian keinginan memiliki insurans. Kesimpulannya, kajian menunjukkan wujudkeinginan untuk membeli dan memiliki insurans dalam golongan B40 namun pendapatan yang terhad menyebabkan mereka tidak dapat mengutamakan perbelanjaan insurans. Implikasikajian menunjukkan bahawa pemilikan insurans merupakan perbelanjaan yang penting dan harusdimiliki dalam golongan ini, namun ia bergantung kepada corak perbelanjaan dan keutamaanmereka. Justeru itu, pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan syarikat insurans bagi menghasilkanproduk yang mesra pengguna isi rumah berpendapatan terendah (B40) bagi menggalakkanpenyertaan mereka dalam pemilikan insurans. |
---|