Cabaran bebanan tugas terhadap amalan profesionalisme guru tabika perpaduan

Kajian ini bertujuan memahami kesan bebanan tugas terhadap amalan profesionalismeGuru Tabika Perpaduan (GTP) dari aspek etika, amalan reflektif dalam pengajaran danpembelajaran serta keberkesanan amalan kolaborasi di antara guru dan pentadbir dalammembantu menguruskan bebanan tugas. Kajian ini merup...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Haiza Hayati Baharudin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5549
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan memahami kesan bebanan tugas terhadap amalan profesionalismeGuru Tabika Perpaduan (GTP) dari aspek etika, amalan reflektif dalam pengajaran danpembelajaran serta keberkesanan amalan kolaborasi di antara guru dan pentadbir dalammembantu menguruskan bebanan tugas. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yangdijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik-teknik temu bual, pemerhatian,analisis dokumen dan triangulasi data. Pemilihan subjek kajian menggunakan persampelanbertujuan melibatkan empat orang GTP daerah Kampar, Perak. Hasil kajian menunjukkanbahawa GTP mendefinisikan bebanan tugas sebagai tugas-tugas seperti pengurusan fail,aktiviti-aktiviti luar, pengurusan aset dan inventori, tugas perkeranian dan arahan semasadari pentadbir. Bebanan tugas ini memberikan kesan dan menjejaskan persediaan danpelaksanaan rancangan pengajaran, bahan bantu mengajar dan tumpuan kepada kanakkanak.Kajian ini juga mendapati bahawa GTP memahami ciri-ciri profesionalisme seorangguru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK). Kekangan masa yang berpunca daripadabebanan tugas adalah antara faktor yang menghalang proses pembelajaran sepanjang danperkembangan profesional GTP. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bebanan tugasmemberi kesan kepada etika tanggungjawab GTP terhadap kanak-kanak, keluarga, rakandan pentadbir serta komuniti dan masyarakat. Namun bebanan tugas tidak menjejaskantanggungjawab GTP terhadap hubungan baik secara individu dengan kanak-kanak dankeluarga. Bebanan tugas juga menjejaskan keberkesanan amalan reflektif GTP di dalampengajaran dan pembelajaran. Amalan kolaborasi dapat membantu menguruskan bebanantugas GTP. Secara kesimpulannya bebanan tugas memberi kesan kepada amalanprofesionalisme GTP secara langsung dan tidak langsung. Kajian ini memberi implikasikepada GTP secara langsung dan tidak langsung. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawabebanan tugas mempengaruhi kualiti perkhidmatan GTP.