Kesan modul eksperimen prauniversiti berbantukan telefon pintar terhadap pencapaian pelajar dalam topik daya graviti dan berat

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan modul eksperimen prauniversitiberbantukan telefon pintar terhadap pencapaian pelajar dalam topik daya graviti dan berat. Modulini telah dibangun menggunakan model ADDIE dan modul ini telah disahkan oleh enam orang pakar.Kajian ini menggunakan reka bent...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nurul Aina Syakirah Zainal Abidin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5559
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan modul eksperimen prauniversitiberbantukan telefon pintar terhadap pencapaian pelajar dalam topik daya graviti dan berat. Modulini telah dibangun menggunakan model ADDIE dan modul ini telah disahkan oleh enam orang pakar.Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen pra dan pasca- ujian bagi menguji keberkesananmodul yang dibangunkan. Sampel kajian terdiri daripada 31 orang pelajar kumpulan rawatan dan 34orang pelajar kumpulan kawalan yang telah dipilih secara rawak mudah kelompok daripada populasiseramai 196 orang pelajar yang mengambil kursus Fizik Asas I di salah sebuah universiti awam.Instrumen kajian terdiri daripada ujian pencapaian dan soal selidik. Ujian digunakan untuk mengujikeberkesanan modul manakala soal selidik digunakan untuk mengukur persepsi pelajarkumpulan rawatan terhadap kebolehgunaan modul. Soal selidik telah dibina berdasarkan TechnologyAcceptance Model. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens sepertikekerapan, min, sisihan piawai, ujian-t, saiz kesan dan kolerasi Pearson. Hasil ujian- t[t(63)=-3.38, p