Hubungan kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah dengan faktor demografi

Masalah di kalangan guru-guru sekolah rendah sedikit sebanyak meruntuhkan semangat dan sikap guruuntuk mendidik generasi pelajar dengan bersungguh-sungguh. Semangat dan sikap sedemikian luntursedikit demi sedikit akibat tiada kepuasan bekerja di kalangan mereka. Tahap kepuasankerja yang rendah juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Velayudhan P.K.Veeran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5594
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah di kalangan guru-guru sekolah rendah sedikit sebanyak meruntuhkan semangat dan sikap guruuntuk mendidik generasi pelajar dengan bersungguh-sungguh. Semangat dan sikap sedemikian luntursedikit demi sedikit akibat tiada kepuasan bekerja di kalangan mereka. Tahap kepuasankerja yang rendah juga turut mempengaruhi moral serta motivasi dan seterusnyamembantutkan potensi guru sebagai pendidik. Pelbagai masalah dalaman menyebabkan golonganguru kecewa dengan bidang mereka .Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan tahap kepuasankerja di kalangan guru-guru sekolah rendah di kawasan Bating Padang, Perak. Kajianini berdasarkan kepuasan bekerja khusus berasaskan beberapa dimensi pekerjaan sepertisuasana kerja, gaji, kenaikan pangkat, corak kepimpinan guru besar, rakan sekerja, tingkah lakupelajar dan kepuasan bekerja secara menyeluruh dan kepuasan bekerja secara umum. Hasilkajian ini juga sekali gus dapat melihat faktor-faktor yang dapat meramal tahap kepuasankerja atau ketidakpuasan kerja di kalangan guru-guru sekolah rendah di kawasan Batang Padang.Seramai 300 orang responden telah menjawab dan mengembalikan soal selidik untukdianalisis. Korelasi Pearson-r menunjukkan bahawa suasana pekerjaan, gaji, kenaikanpangkat, corak kepimpinan guru besar, rakan sekerja, tingkah laku pelajar mempunyai korelasiyang signifikan dengan kepuasan bekerja di antara guru-guru di tiga jenis sekolah rendah tetapi faktor jantina dan pengalaman bekerja tidak signifikanditunjukkan oleh guru-guru sekolah rendah. Hasil kajian ini menunjukkan faktor-faktor berbezamempengaruhi tahap kepuasan kerja guru mengikut status guru di sekolahrendah.