Keberkesanan pengajaran guru prasekolah bagi mencapai strategi pengajaran : satu kajian kes di negeri Perak dan Selangor

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran yang dapat membantupengajaran guru prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian kes inidijalankan di empat buah prasekolah yang terpilih iaitu dua buah prasekolah di Perak dan dua buahprasekolah di Selangor. Peserta kajian a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Shahida Munawir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5597
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran yang dapat membantupengajaran guru prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian kes inidijalankan di empat buah prasekolah yang terpilih iaitu dua buah prasekolah di Perak dan dua buahprasekolah di Selangor. Peserta kajian adalah seramai empat orang guru prasekolah yang telahdipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kesyang dijalankan di dua buah negeri dengan menggunakan analisis tematik. Instrumen kajianyang digunakan terdiri daripada protokol temubual dan borang pemerhatian yang telah mendapatkesahan pakar daripada pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Teori yang digunakan dalam kajianini adalah teori Robert Glazer iaitu memfokuskan tentang pengetahuan sedia ada guru sebelumsesi pengajaran dijalankan serta memfokuskan tentang kaedah atau aktiviti yang dijalankan semasapengajaran dan pembelajaran. Dapatan temubual menunjukkan terdapat beberapa tema yang muncul iaitu pengetahuan guru sebelum menjalankan sesi pengajaran adalah sangat membantuketika sesi pembelajaran. Ini disebabkan pengetahuan guru dalam merancang aktiviti adalah sangat penting bagi membantu melaksanakan sesi pengajaran yang menarik. Selain itu, bahanpengajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak mengikut tahap umur dapat menarik minat mereka untuklebih memahami isi pengajaran guru dan sekaligus dapat mencapai objektif pembelajaran. Dapatanpemerhatian pula menunjukkan perancangan aktiviti yang bertepatan dengan isi pembelajaran jugamampu memberi kesan yang positif terhadap pengajaran guru dan mampu memberi kesan kepadapemikiran kanak-kanak. Sebagai guru yang kreatif, kepelbagaian kaedah pembelajaran mampu menjadikanpengajaran guru menjadi lebih tersusun dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Kesimpulannya, dapatan utama kajian adalah menunjukkan pengetahuan guru dalam memahami isipengajaran dan merancang aktiviti mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebihterancang dan tersusun untuk membantu pemahaman kanak-kanak. Implikasi kajian ini mampudijadikan panduan kepada guru agar sentiasa bersikap lebih sistematik dalam merancang danmengendalikan cara pengajaran agar segala penyampaian guru pada hari berikutnya dapatditerima dan dijadikan pengalaman dalam kehidupan kanak-kanak.