Sikap keusahawanan dalaman, kompetensi keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan guru prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap keusahawanan dalaman, kompetensikeusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan guru prasekolah didaerah Hilir Perak dan Kinta Selatan. Kajian ini menggunakan teori tingkah laku terancangoleh Azjen. Kaedah kuantitatif dengan rek...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Aqila Zahirah Zulfikri
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5680
標簽: 添加標簽
2 1
theory 1
tpb 1
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap keusahawanan dalaman, kompetensikeusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan guru prasekolah didaerah Hilir Perak dan Kinta Selatan. Kajian ini menggunakan teori tingkah laku terancangoleh Azjen. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Populasikajian adalah seramai 149 orang dan pemilihan sampel secara rawak mudah dengan menggunakanjadual persampelan Krejcie dan Morgan yang melibatkan seramai 113 guru prasekolah. Instrumenkajian terdiri daripada satu set soal selidik yang diadaptasi daripada Test for PersonelEntrepreneurial Competencies. Soal selidik ini telah disahkan oleh empat orang pakarmenggunakan Content Validity Index (CVI) dengan nilai CVI =0.96 dan kebolehpercayaan soal selidik menggunakan indeks Cronbach Alpha dengan nilaipekali = 0.95. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi sepertikekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ujian-t bebas, ANOVA sehala dan korelasi Pearson.Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah percaya (M = 4.07, SP = 0.35) bahawa merekamemiliki sikap keusahawanan dalaman. Responden juga bersetuju (M = 3.91, SP = 0.39) bahawa merekamemiliki kompetensi keusahawanan. Responden juga sangat bersetuju (M = 4.21, SP = 0.38) bahawamereka bersedia menerapkan elemen keusahawanan. Selain itu, dapatan menunjukkan terdapatperbezaan yang signifikan antara kesediaan penerapan elemen keusahawanan guru mengikut faktoragensi tadika [t(111) = -2.79; p<0.05], kelulusan akademik tertinggi [F(3, 109) = 2.80; p<0.05]dan latihan keusahawanan yang diikuti [t(111) = 2.46; p