Pengetahuan,sokongan dan kelengkapan serta amalan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di Daerah Hulu Terengganu. Elemenyang dikaji adalah pengetahuan, kelengkapan dan sokongan, serta amalan gurusekolah rendah terhadap pelaksanaan PBS. Seramai 100 orang guru tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Wan Sakilah Che Wan Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5696
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di Daerah Hulu Terengganu. Elemenyang dikaji adalah pengetahuan, kelengkapan dan sokongan, serta amalan gurusekolah rendah terhadap pelaksanaan PBS. Seramai 100 orang guru telah dijadikansampel. Kajian ini telah dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soalselidik sebagai instrumen kajian. Data telah dianalisis menggunakan analisis statistikdeskriptif dan inferensi, menggunakan perisian Statistical Package for Social Science(SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap PBS beradapada tahap yang tinggi (min = 4.29), manakala tahap kelengkapan dan sokonganberada pada tahap yang sederhana (min =2.94 ) serta tahap amalan PBS berada padatahap yang tinggi (min = 4.23). Kajian juga mendapati tiada perbezaan yangsignifikan antara kelayakan akademik dengan amalan PBS (p = 0.156). Akan tetapiterdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan amalan PBS(p = 0.000). Terdapat hubungan yang signifikan yang sederhana antara tahappengetahuan dengan amalan PBS (r = 0.623) dan terdapat hubungan yang signifikanyang rendah antara tahap kelengkapan dan sokongan yang disediakan oleh pihaksekolah terhadap amalan PBS (r = 0.360). Di sini dapat disimpulkan bahawa tahappengetahuan dan amalan para guru di sekolah adal.ah pada tahap yang tinggi, akantetapi tahap sokongan dan kelengkapan masih berada pada tahap yang rendah.