Secondary school students perceptions of classroom environment in Malaysia and China

Kajian ini bertujuan membandingkan persepsi pelajar sekolah menengah tentang persekitaran bilik darjah di Malaysia dan China. Penyelidikan kuantitatif ini menggunakaninstrumen Student Perceptions of Classroom Quality (SPOCQ) untuk mengumpul data. Sejumlah 260orang pelajar dari tiga buah sekolah mene...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Heng Jing
Format: thesis
Language:eng
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5773
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membandingkan persepsi pelajar sekolah menengah tentang persekitaran bilik darjah di Malaysia dan China. Penyelidikan kuantitatif ini menggunakaninstrumen Student Perceptions of Classroom Quality (SPOCQ) untuk mengumpul data. Sejumlah 260orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah di Tanjung Malim, Malaysia dan 351 orangpelajar dari empat buah sekolah menengah di Wilayah Feng, China telah dipilih secara rawak sebagairesponden kajian ini. Analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan untuk menganalisisdata yang dikumpul. Analisis deskriptif menggambarkan tahap persepsi pelajar sekolahmenengah di Malaysia dan China terhadap persekitaran bilik darjah dalam lima faktor iaitudaya tarikan, cabaran, pilihan, pengertian dan efikasi kendiri akademik. Statistik inferensimenggunakan ujian-t untuk menunjukkan perbezaan persepsi di antara pelajar sekolah menengahMalaysia dan China terhadap persekitaran bilik darjah berdasarkan jantina dan juga secarakeseluruhan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsipelajar sekolah menengah Malaysia dan China terhadap persekitaran bilik darjah berdasarkan jantinadengan nilai (t=-0.849, p=0.544) untuk pelajar Malaysia dan (t=0.676, p=0.325) untuk pelajarChina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsipelajar sekolah menengah Malaysia dan China terhadap persekitaran bilik darjah secara keseluruhannya (p=0.004). Dapatan kajian ini adalah penting untuk pendidikdan pentadbir sekolah untuk memahami secara mendalam tentang keperluan pelajar dalam pembelajarandan meningkatkan tahap pencapaian akademik sekolah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guruhendaklah meningkatkan kemahiran pengurusan bilik darjah dan kemahiran pedagogi sertamengoptimumkan persekitaran bilik darjahberdasarkan persepsi pelajar terhadap persekitaran bilik darjah.