Faktor penguasaan Qira'at al-Sab'ie dalam kalangan pelajar kelas khas membaca dan menghafal Al-Quran (KKQ) di negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi, minat, sikap, amalanpengajaran guru, pengetahuan Qir??t al-Sabie dan hubungannya dengan tahap penguasaanQir??t al-Sabie dalam kalangan pelajar Kelas Khas Membaca dan Menghafal al-Quran (KKQ) diSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri Perak...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ahmad Junaidi Mohamad Said
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5777
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi, minat, sikap, amalanpengajaran guru, pengetahuan Qir??t al-Sabie dan hubungannya dengan tahap penguasaanQir??t al-Sabie dalam kalangan pelajar Kelas Khas Membaca dan Menghafal al-Quran (KKQ) diSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri Perak. Kajian ini dijalankan di 20 buah sekolah denganmelibatkan 308 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua. Kajian ini menggunakanpendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan berdasarkan Model Pembelajaran Al-Nawawi dengan menggunakan dua instrumen iaitu satu set borang soal selidik danujian syafawi. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min digunakan untukmenjelaskan persoalan kajian. Analisis deskriptif menunjukkan tahap motivasi (min=3.59, s.p=0.441), minat (min=3.63, s.p=0.503), sikap (min=3.80, s.p=0.525), amalan pengajaran guru (min=4.01, s.p=0.433) dan pengetahuan Qir??t al-Sabie (min=3.56,s.p=0.739). Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi, minat, sikap dan pengetahuan Qir??tal-Sabie pada tahap sederhana tinggi, manakala amalan pengajaran guru berada pada tahap tinggi.Ujian syafawi pula menunjukkan penguasaan Qir??t al-Sabie pada tahap sederhana rendah(min=2.95, s.p=0.940). Sementara itu statistik inferens iaitu ujian-t digunakan untukmenganalisis perbezaan motivasi, minat, sikap, amalan pengajaran guru, pengetahuan Qir??tal-Sabie dan penguasaannya berdasarkan jantina dan tempat tinggal. Kajian mendapati terdapatperbezaan minat berdasarkan tempat tinggal, tahap pengetahuan dan tahap penguasaan Qir??tal-Sabie berdasarkan jantina. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menganalisis hubunganmotivasi, minat, sikap, amalan pengajaran guru dan pengetahuan Qir??t al-Sabie dengantahap penguasaannya. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antaramotivasi, minat, sikap, amalan pengajaran guru dan pengetahuan Qir??t al-Sabie denganpenguasaannya. Implikasi kajian ini mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antaraelemen-elemen dalam Model Pembelajaran Al-Nawawi dalammeningkatkan keberkesanan penguasaan Qir??t al-Sabie.