Citra, perjuangan dan kedudukan wanita dalam cerpen terbitan akhbar Makkal Osai
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti imej wanita, menganalisis emansipasi wanita danmenghuraikan status wanita dalam cerpen-cerpen terbitan akhbar Makkal ?sai dari 2006 hingga 2017.Pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks berdasarkan teoriginokritik yang diperkena...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5809 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti imej wanita, menganalisis emansipasi wanita danmenghuraikan status wanita dalam cerpen-cerpen terbitan akhbar Makkal ?sai dari 2006 hingga 2017.Pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks berdasarkan teoriginokritik yang diperkenalkan oleh Elaine Showalter telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 30 cerpen sahaja mencerminkanfeminisme daripada 624 cerpen yang telah diterbitkan dalam jangka masa 12 tahun tersebut.Daripada jumlah cerpen tersebut, aspek-aspek imej dapat dilihat sebagai ibu dalam 6 cerpen,isteri dalam 5 cerpen, anak gadis 4 cerpen, anak dan guru masing-masing 3 cerpen, anakdara tua dan kawan masing-masing 2 buah cerpen dan sebagai kakak, kekasih, menantu, mentua dancucu masing-masing dalam sebuah cerpen sahaja. Dari aspek emansipasi pula, sebahagian besar wanitaberjuang dengan sendiri menghadapi pelbagai rintangan, kesulitan dan tekanan emosi untukmencapai emansipasi yang mendatangkan manfaat pada diri sendiri, keluarga, sesama wanita danmasyarakat. Dari segi pencapaian status, kesemua watak wanita yang dikaji berjaya mencapaiatau mengejar cita-cita atau matlamat masing-masing selepas menempuh pelbagai kedugaan dalam kehidupan. Kesimpulannya, walaupun wanita berjaya meningkatkan kedudukandalam keluarga, masyarakat dan negara dengan menampilkan kecemerlangan dalam bidang diceburi, namunperlu memupuk matlamat, harapan, usaha dan komitmen serta bekerjasama sesama kaum wanitauntuk mencapai status yang lebih tinggi dan mengecapai kejayaan. Implikasinya, dapatankajian ini dapat digunakan oleh semua pihak sebagai panduan tindakan untuk meningkatkan statuswanita dalam semua ruang lingkupkehidupan mereka. |
---|