Integrasi pendekatan Caring melalui teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral tingkatan satu
Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasi pendekatan Caring melalui Teater Forum dalampengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral tingkatan satu. Pendekatan Caring atau"kepedulian" dalam Pendidikan Moral dipeloporkan oleh Noddings. Kajian ini juga dijalankanuntuk meneroka perkembangan pena...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5813 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasi pendekatan Caring melalui Teater Forum dalampengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral tingkatan satu. Pendekatan Caring atau"kepedulian" dalam Pendidikan Moral dipeloporkan oleh Noddings. Kajian ini juga dijalankanuntuk meneroka perkembangan penaakulan, emosi, dan amalan moral caring. Reka bentuk kajiantindakan digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan murid Pendidikan Moral tingkatan satu. Hanya27 orang murid daripada 70 orang murid dari dua kelas telah dipilih sebagai peserta kajianberdasarkan komitmen murid untuk memberi input. Data kualitatif telah dikumpul melalui protokoltemu bual, catatan pemerhatian dan catatan jurnal. Analisis tematik Miles dan Huberman telahdigunakan untuk menganalisis data kualitatif. Dapatan utama temu bual dalam gelung pertamaberdasarkan situasi penderaan haiwan mendapati murid membuat penaakulan moral dan menunjukkan emosiseperti kesedihan, simpati dan empati. Dalam gelung kedua pula situasi moral mempaparkan temakemarahan ibu kepada anak atas kecuaian anak di mana murid melahirkan emosi rasa bersalah daninsaf. Pada gelung terakhir, situasi murid tidak menghormati guru telah mendapati reaksiemosi murid dalam bentuk rasa bersalah dan perasaan malu. Data pemerhatian dan catatanjurnal telah menunjukkan tema-tema yang muncul daripada temu bual telah disahkan olehdata pemerhatian dan catatan jurnal. Kesimpulannya, dapatan empirikal kajianmenunjukkan teknik Teater Forum yang digunakan oleh guru dengan memberi situasi moral dapatmeningkatkan proses penaakulan moral murid di mana aspek pemikiran dan emosi moral caring sepertiperasaan insaf, berpuas hati, gembira, rasa bersalah dan perasaan malu telah ditunjukkan olehmurid. Di samping itu, amalan moral caring yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah amalan memberipujian, mendorong rakan, saling menolong, bersabar, bertolak ansur, mendengar pendapat orang lain,bersikap adil dan menasihati orang lain. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pengintegrasian pendekatan Caring melalui Teater Forum dalam pengajaran dan pembelajaran bolehdilaksanakan oleh guru Pendidikan Moral di semua peringkat persekolahan. |
---|