Sensitiviti moral melalui interaksi pelajar pelbagai budaya di sekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengalaman sensitiviti moral pelajar sekolah menengahdalam hubungan interaksi pelbagai budaya. Kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakaninstrumen temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian dilaksanakan bagi mencapaiobjektif kajian. Seramai 15 pelajar tingkat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Airen Surayya Khairu Anuar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5831
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengalaman sensitiviti moral pelajar sekolah menengahdalam hubungan interaksi pelbagai budaya. Kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakaninstrumen temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian dilaksanakan bagi mencapaiobjektif kajian. Seramai 15 pelajar tingkatan empat yang memenuhi kriteria kajian iaitu sekolahyang mempunyai kepelbagaian kaum di daerah Keningau dipilih dengan menggunakan kaedahpersampelan bertujuan. Pengkaji mengadaptasi instrumen oleh Darcia Narvaez iaitu Ethical Sensitiviti Scale Questionnaire (ESSQ) untuk membantu pengkaji mengenalpasticiri-ciri sensitiviti moral dalam interaksi pelbagai budaya. Hasil dapatan adalah untukmencapai tiga objektif kajian iaitu i) menganalisis ciri-ciri sensitiviti moral dalam kalanganpelajar pelbagai budaya di sekolah ii) mengetahui kewujudan sensitiviti moral dalam interaksipelajar pelbagai budaya dan iii) mengenal pasti sensitiviti moral pelajar dalam membantupelajar pelbagai budaya membuat keputusan moral. Analisis dapatan menunjukkan kepedulian,keprihatinan dan kepatuhan amalan nilai moral merupakan ciri sensitiviti moral yang ketaradalam interaksi pelbagai budaya pelajar sekolah menengah di Sabah. Kewujudan sensitiviti moralini adalah melalui dua proses iaitu i) semangat berkerja berkumpulan demi mencapai sesuatuobjektif bersama dan ii) asimilasi budaya, iaitu memahami budaya kaum lain sehingga berjayamenerima nilai dan norma yang boleh digunakan bersama. Analisis dapatan kajian juga menunjukkansensitiviti moral dapat membantu pelajar dalam membuat keputusan bermoral yangrasional/betul melalui perasaan ambil peduli tanpa mengira kaum, meletakkan nilai moralsebagai panduan dan mengurangkan sikap berat sebelah/ perasaan bias mahupun prejudis dalam membuatkeputusan. Implikasi kajian ini menunjukkan sensitiviti moral amat penting dalam interaksipelbagai budaya dan semakin luas interaksi pelbagai budaya semakin kerap elemensensitiviti moral boleh diterapkan. Sensitiviti moral bukan sahaja berfokus kepada bidangmoral malah boleh dilihat secara keseluruhan dariaspek bahasa dan agama.