Transformasi blok batik tembaga Adiguru Ghani dalam seni kraf logam

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji transformasi yang berlaku dalam blok batik tembagaoleh seorang adiguru seni kraf logam yang terkenal dengan memfokuskan pada reka corak,reka bentuk, saiz, bahan dan fungsi blok batik. Transformasi ini berlaku sebagai responterhadap kelesuan dan ketidaktentuan yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Sazali Mohd Yusop
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5889
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji transformasi yang berlaku dalam blok batik tembagaoleh seorang adiguru seni kraf logam yang terkenal dengan memfokuskan pada reka corak,reka bentuk, saiz, bahan dan fungsi blok batik. Transformasi ini berlaku sebagai responterhadap kelesuan dan ketidaktentuan yang dialami oleh para pembuat blok batik di Malaysia. Pendekatan kualitatif melibatkan kajian kes digunakan untuk mengumpul datakajian. Subjek kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah seorang adiguru blok batik tembagabemama Encik Ghani. Hasil penyelidikan ini menunjukkan terdapat rancangan dan desakan yangmenjurus kepada transformasi blok batik tembaga. Desakan ini dikesan akibat dari suasanaketidaktentuan industri blok batik yang disebabkan oleh beberapa faktor antarabangsa. Transformasiini telah membuka lembaran dan nafas barn untuk para pembuat blok batik. Hasil penemuandalam kajian ini menunjukkan blok batik telah mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.Kesimpulannya, transformasi blok batik tembaga dari segi reka corak, reka bentuk, saiz,bahan, dan fungsi boleh meningkatkan dan merancakkan kembali industri blok batik diMalaysia.