Kesan kaedah permainan terhadap pencapaian topik pengalaman pranombor dan tingkah laku prososial murid prasekolah

Kajian ini bertujuan mengesan kaedah belajar melalui bermain bagi topik Pengalaman Pranomborterhadap pencapaian dan tingkah laku prososial murid-murid prasekolah. Reka bentuk kuasieksperimen kumpulan kawalan tidak setara digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 49orang murid prasekolah daripada seb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Asyikin Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5893
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengesan kaedah belajar melalui bermain bagi topik Pengalaman Pranomborterhadap pencapaian dan tingkah laku prososial murid-murid prasekolah. Reka bentuk kuasieksperimen kumpulan kawalan tidak setara digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 49orang murid prasekolah daripada sebuah prasekolah di daerah Seberang Perai Utara, PulauPinang. Daripada 49 orang murid, 24 orang murid mewakili kumpulan rawatan yang menggunakankaedah belajar melalui bermain dan 25 orang murid mewakili kumpulan kawalan. Dua instrumendigunakan iaitu Ujian Pencapaian Pengalaman Pranombor dan Jadual Pemerhatian Tingkah LakuPrososial. Data bagi ujian pencapaian dianalisis dengan menggunakan ujian statistikdeskriptif dan ujian statistik inferens. Data yang dikumpul untuk tingkah laku prososial dianalisis dengan menggunakan ujian statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan min skor ujian pasca murid kumpulan rawatan mengatasi min skor ujian pasca muridkumpulan kawalan secara signifikan. Dapatan bagi pemerhatian tingkah laku prososialmenunjukkan murid-murid kumpulan rawatan memperoleh kekerapan kewujudan tingkah lakuprososial yang lebih tinggi berbanding dengan murid-murid kumpulan kawalan. Kesimpulannya,murid yang menjalani proses pembelajaran topik Pengalaman Pranombor berasaskan kaedah belajarmelalui bermain, menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding murid di dalamkumpulan kawalan. Di samping itu, tingkah laku prososial dalam kalangan murid-muridprasekolah boleh dipupuk dengan berkesan apabila kaedah belajar melalui bermain digunakandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan penggunaankaedah permainan, dalam proses pengajaran dan pembelajaran awal matematik, berpotensiuntuk membantu murid prasekolah memahami konsep asas matematik secara mendalam, disamping memupuk tingkah laku prososial dalam kalangan mereka.