Penerimaan pendekatan pembelajaran teradun dalam kalangan guru pra perkhidmatan

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penerimaan pendekatan pembelajaranteradun dalam kalangan Guru Pra Perkhidmatan (OPP). Selain itu, kajian ini juga untukmengetahui tahap kemahiran teknologi, kemahiran pedagogi, keinovatifan individu, efikasi kendiri komputer dan pengetahuan pembe...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nuurul Najwa Zulkifle
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5903
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penerimaan pendekatan pembelajaranteradun dalam kalangan Guru Pra Perkhidmatan (OPP). Selain itu, kajian ini juga untukmengetahui tahap kemahiran teknologi, kemahiran pedagogi, keinovatifan individu, efikasi kendiri komputer dan pengetahuan pembelajaran teradun dalam menyumbang kepada penerimaan pembelajaran teradun dalam kalangan OPP. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini. Seramai 320 OPP daripada Universiti PendidikanSultan Idris dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Dapatan kajianmenunjukkan OPP mempunyai kemahiran pedagogi abad 21 yang tinggi (min=3.796, sp=0.816), keinovatifan individu yang tinggi dalam mencuba sesuatu inovasi (min=3.753, sp=0.759) dan juga mempunyai pengetahuan berkaitan pembelajaran teradun (min=3.956, sp=0.685). Dapatan kajian juga menunjukkan OPP kurang berkemahiran dalampenggunaan teknologi (min=3.367, sp=0.999), kurang efikasi kendiri komputer untuk pengajaran yangmenggunakan bahan ICT (min=3.449, sp=0.933), dan kurang menerima dan melaksanakan pembelajaran teradun dalam PdP (min=2.95 l, sp=l.164). Seterusnya, dapatan bagiujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknologi(r=0.528), kemahiran pedagogi (r=0.34 l ), keinovatifan individu (r=0.313), efikasi kendirikomputer (r=0.471), pengetahuan pembelajaran teradun (r=0.199) dengan penerimaanpembelajaran teradun. Semua kolerasi tersebut adalah signifikan iaitu p