Hubungan antara media sosial dengan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah swasta
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan media sosial dengan tingkahlaku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah swasta. Kajian juga meninjau dan menelitijenis-jenis media sosial yang dominan serta perbezaan penggunaan media sosial dan tingkahlaku agresif di kawas...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5920 |
Tags: | Add Tag |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan media sosial dengan tingkahlaku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah swasta. Kajian juga meninjau dan menelitijenis-jenis media sosial yang dominan serta perbezaan penggunaan media sosial dan tingkahlaku agresif di kawasan bandar dan luar bandar. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik. Pemilihan respondenkajian dijalankan secara persampelan rawak mudah yang melibatkan 278 orang pelajar dariTingkatan 3 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah swasta kawasan Ipoh dan Taiping, Perak.Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik berstruktur. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif mengukurpenggunaan media sosial pelajar dan jenis media sosial yang dominan, manakala statistikinferens pula melibatkan ujian korelasi Spearman dan ujian t sampel bebas yang menerangkanhubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian menunjukkan media sosialFacebook (46.4%) yang paling dominan diikuti oleh YouTube (21.9%), Instagram (19.8%), WeChat (9.4%) dan lain-lain (2.6%). Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara media sosial Facebook(r=0.29), Instagram (r=0.12), YouTube (r=0.17) dan WeChat (r=0.19) dengan tingkah laku agresifpelajar. Sampel kajian seramai 278 pelajar telah dipilih secara rawak dan diagih kepadakumpulan bandar (n=139) dan kumpulan luar bandar (n=139). Dapatan kajian menunjukkanterdapat perbezaan signifikan [t(276)=2.53, p |
---|