Analisis hadis dalam buku teks KAFA JAKIM dan buku teks KSRA JAIS

Kajian ini bertujuan menganalisis hadis-hadis yang terdapat dalam Buku Teks KAFAJAKIM dan Buku Teks KSRA JAIS. Selain itu, kajian ini mengenal pasti metodologipenulisan hadis dalam buku-buku tersebut. Kajian ini turut mengenal pasti alternatifkepada hadis-hadis yang didapati bermasalah. Pendekatan k...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Latef AlHadri
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5980
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menganalisis hadis-hadis yang terdapat dalam Buku Teks KAFAJAKIM dan Buku Teks KSRA JAIS. Selain itu, kajian ini mengenal pasti metodologipenulisan hadis dalam buku-buku tersebut. Kajian ini turut mengenal pasti alternatifkepada hadis-hadis yang didapati bermasalah. Pendekatan kualitatif melalui kaedahanalisis dokumen digunakan dalam kajian ini. Subjek kajian terdiri daripada 68 hadisyang telah disenaraikan daripada kedua-dua buku teks tersebut untuk dikenalpastisanadnya melalui kaedah takhr?j al-?ad?th. Kaedah analisis dokumen digunakan untukmendapatkan maklumat-maklumat berkaitan rangkaian perawi, komentar para ulamaterhadap rangkaian tersebut dan komentar para ulama al-nuqq?d terhadap perawiperawinya.Seterusnya komentar-komentar para ulama dianalisis menggunakan kaedahIlm al-Rij?l. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan terdapat 29 hadis(43%) bermasalah daripada kedua-dua buku teks dari segi kesilapan nukilan, lemah dantidak sahih manakala 39 hadis (57%) lagi merupakan hadis yang tidak bermasalah.Sebanyak lapan hadis (28%) daripada Buku Teks KAFA terdiri daripada hadis yangbermasalah berbanding 21 hadis (72%) daripada Buku Teks KSRA. Dapatan kajianjuga menunjukkan bahawa kedua-dua buku teks tidak menggunakan metodologi yangsesuai dalam penulisan hadis. Kesimpulannya, kedua-dua buku teks mengandungibeberapa hadis bermasalah dari segi kesilapan nukilan, lemah dan tidak sahih. Kajianini juga telah berhasil mencadangkan hadis yang sahih sebagai alternatif kepada hadishadisbermasalah yang digunakan dalam buku-buku tersebut. Implikasi kajianmenunjukkan bahawa penulisan hadis dalam buku teks sekolah juga perlu mengikutgaris panduan penulisan hadis yang betul. Kajian ini mencadangkan agar kajianlanjutan terhadap hadis-hadis yang digunakan dalam buku teks dijalankan di institusiinstitusipendidikan lain.