Pembangunan dan kebolehlaksanaan Koswer LinProT dalam kursus kaedah pengoptimuman
Kajian ini bertujuan membangunkan koswer pembelajaran, LinProT bagi kursus Kaedah Pengoptimuman (KP) sebagai bahan bantu belajar dan menilai kebolehlaksanaannyaterhadap pelajar. Kaedah yang digunakan ialah reka bentuk produk dan pembangunanmenggunakan model ADDIE. Koswer LinProT yang dibangu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5981 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan membangunkan koswer pembelajaran, LinProT bagi kursus Kaedah Pengoptimuman (KP) sebagai bahan bantu belajar dan menilai kebolehlaksanaannyaterhadap pelajar. Kaedah yang digunakan ialah reka bentuk produk dan pembangunanmenggunakan model ADDIE. Koswer LinProT yang dibangunkan merangkumi pakej elemen multimedia; gambar yang diimbas menggunakan aplikasi QR Code dan penggunaan aplikasiAugmented Reality dalam video-video tutorial berkaitan dengan KP. Koswer LinProT diuji kebolehlaksanaannya melalui instrumen soal selidik terhadap 65 orangpelajar yang dipilih secara rawak daripada sebuah universiti awam. Data soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0. Analisis kajian menunjukkan respondenbersetuju (M=3.56; SP=0.556) bahawa koswer LinProT dapat menarik minat pengguna.Responden turut bersetuju (M=3.59; SP=0.528) kerelevenan isi kandungan yang terdapat dalamkoswer LinProT. Dari aspek objektif pelajaran kursus KP, responden bersetuju (M=3.55;SP=0.516) kebolehcapaian objektif pelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) denganmenggunakan koswer ini. Selain itu, responden turut bersetuju kebolehlaksanaan koswerdalam proses PdP (M=3.58; SP=0.513). Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa semua aspekkebolehlaksaan yang ditekankan berada pada tahap yang baik. Dapatan kajian berdasarkan aspek pendekatan Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK) pula mendapati responden mempunyai tahap persetujuan yang tinggi (M=3.53; SP=0.580). Kesimpulannya ialahpenggunaan koswer LinProT yang berasaskan PTK dalam kursus KP dipersetujui dan diterima baik olehpelajar. Implikasinya, penggunaan LinProT dapat menghasilkan suasana pembelajaran yangdinamik serta meningkatkan minat pelajar dalam kursusKP. |
---|