Kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tingkatan dua

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatifmodel Student Team Achievement Division (STAD) terhadap pencapaian murid dalampenulisan karangan Bahasa Melayu. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini.Sampel kajian terdiri daripada 56 orang murid Ting...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Suzana Abu Hassan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5995
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatifmodel Student Team Achievement Division (STAD) terhadap pencapaian murid dalampenulisan karangan Bahasa Melayu. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini.Sampel kajian terdiri daripada 56 orang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengahkebangsaan (Cina) di Kuala Lipis, Pahang. Kajian menggunakan ujian pra, ujian pasca dansoal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 29orang murid, manakala kumpulan rawatan terdiri daripada 27 orang murid. Kumpulankawalan mengikuti pembelajaran secara tradisional, manakala kumpulan rawatan pulamengikuti pembelajaran secara koperatif model STAD. Ujian-t digunakan untuk mengkajisama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam ujian pra dan ujianpasca penulisan karangan murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagikedua-dua ujian dalam kumpulan kawalan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan(t=0.278). Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalamujian pasca bagi kumpulan kawalan dan rawatan (t=-6.961). Dapatan turut menunjukkanterdapat perbezaan min yang signifikan dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan(t=-11.795). Dapatan juga mendapati semua sampel menyatakan bahawa pendekatankoperatif model STAD dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan memberikankesan positif kepada murid bagi meningkatkan pencapaian dalam penulisan karangan.Kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif modelSTAD dapat meningkatkan skor min karangan murid secara signifikan berbanding dengankaedah pembelajaran tradisional. Implikasi kajian ini dapat membuktikan bahawapendekatan koperatif model STAD adalah berupaya meningkatkan kualiti karangan murid.