Kesan intervensi kaunseling kelompok berdasarkan pendekatan Adler ke atas kecerdasan emosi pelajar Institut Pendidikan Guru

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur kesan kecerdasan emosi (EQ) dalamkalangan pelajar Institut Pndidikan Guru (IPG) berdasarkan kaunseling kelompokmenggunakan pendekatan Adler. Kedua, kajian ini juga bertujuan membina ModulPeningkatan EQ Pendekatan Adler (MPEQPA) yang telah melalui proses...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Narita Mohd Noor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6126
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur kesan kecerdasan emosi (EQ) dalamkalangan pelajar Institut Pndidikan Guru (IPG) berdasarkan kaunseling kelompokmenggunakan pendekatan Adler. Kedua, kajian ini juga bertujuan membina ModulPeningkatan EQ Pendekatan Adler (MPEQPA) yang telah melalui proses pengesahanpakar. Ketiga, kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengukur kesan modulintervensi MPEQPA terhadap kecerdasan emosi pelajar IPG. Kajian yang dijalankanini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen.Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar IPG yang berada pada tahapkecerdasan emosi yang sederhana tinggi. Subjek dibahagikan kepada dua kelompokiaitu 30 orang pelajar bagi kelompok rawatan dan 30 orang pelajar bagi kelompokkawalan. Data dikumpulkan menggunakan Instrumen Kecerdasan Emosi Malaysia Remaja (IKEM-R) dan modul intervensi MPEQPA. Analisis data adalahmenggunakan analisis inferen melibatkan ujian-t berpasangan , analisis varian(ANOVA) iaitu ANOVA satu hala dan ANOVA dua hala yang menerangkanperbezaan antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapatpeningkatan kecerdasan emosi terhadap kelompok rawatan dan kelompok kawalan.Walau bagaimana pun kelompok rawatan menunjukkan peningkatan kecerdasanemosi yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kelompok kawalan, tetapi tiadaperbezaan kecerdasan emosi yang signifikan bagi kelompok rawatan dan kelompokkawalan jika berdasarkan pemboleh ubah jantina. Modul intervensi MPEQPA yangdibina telah mendapat kesahan kandungan daripada enam orang panel pakar penilai.Data kajian yang diperoleh mendapati nilai kesahan kandungan modul adalahsebanyak 82.3%. Seterusnya nilai kesahan kandungan kesesuaian sesi dan aktivititelah memperoleh nilai sebanyak 84.4 %. Justeru, modul ini diterima dan sangatsesuai untuk diaplikasikan dalam intervensi kecerdasan emosi. Kesimpulannya, modulintervensi MPEQPA yang dibina dapat membantu meningkatkan tahap kecerdasanemosi pelajar IPG dalam merealisasikan visi IPG iaitu IPG Peneraju KecemerlanganPendidikan Guru. Implikasi kajian ini jelas menunjukkan penggunaan modulintervensi MPEQPA dapat meningkatkan tahap kecerdasan emosi dalam kalanganpelajar IPG.