Pengaruh pengetahuan,kemahiran dan sikap terhadap kesediaan menggunakan perisian AutoCAD dengan keperluan latihan sebagai mediator
Kajian ini dijalankan untuk menentukan pengaruh pengetahuan, kemahiran dan sikapterhadap kesediaan menggunakan perisian AutoCAD dengan keperluan latihan sebagai mediator.Responden kajian terdiri daripada 193 pengajar Teknologi Pembinaan yang dipilih secara rawak dikolej vokasional (KV) di semenanjun...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6145 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk menentukan pengaruh pengetahuan, kemahiran dan sikapterhadap kesediaan menggunakan perisian AutoCAD dengan keperluan latihan sebagai mediator.Responden kajian terdiri daripada 193 pengajar Teknologi Pembinaan yang dipilih secara rawak dikolej vokasional (KV) di semenanjung Malaysia. Instrumen yang digunakan dalam kajian iniialah ujian dan soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakankekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai serta secara inferens menggunakan analisiskorelasi Pearson dan regresi. Hasil analisis deskriptif mendapati komponen pengetahuanberada pada tahap belum kompeten dengan purata markah ujian 55.3% dan dapatan soal selidikmenunjukkan responden bersetuju (M=3.24, SP=0.87) bahawa mereka agak mengetahui mengenai penggunaanperisian AutoCAD. Dalam konteks kemahiran menggunakan perisian AutoCAD, responden sederhanasetuju (M=3.00, SP=0.92) bahawa mereka memiliki kemahiran tersebut manakala dalam konteks sikappula, responden mempunyai sikap yang positif (M=3.77, SP=0.64) terhadap penggunaan perisianAutoCAD. Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan(r=0.74, p |
---|