Keberkesanan pelaksanaan program My Kampung My Future di Malaysia

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan program My Kampung My Future(MKMF) dan membangun kerangka pelaksanaannya dengan menggunakan pendekatan modelpenilaian KIPP meliputi empat dimensi iaitu konteks, input, proses dan produk rekaan Stufflebeam(1970). Pendekatan bagi kajian ini adalah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Fatin Nur Aqmar Ishak
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6156
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan program My Kampung My Future(MKMF) dan membangun kerangka pelaksanaannya dengan menggunakan pendekatan modelpenilaian KIPP meliputi empat dimensi iaitu konteks, input, proses dan produk rekaan Stufflebeam(1970). Pendekatan bagi kajian ini adalah kaedah tinjauan yang meliputi instrumensoal selidik dan protokol temu bual. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yangmerangkumi tujuh buah negeri di Malaysia. Seramai 212 orang peserta MKMF terlibat dalam kajian kuantitatif manakala 18 orang terlibat dengan kajian temu bual sebagai data sokongan.Kerangka pelaksanaan program ini meliputi dimensi konteks yang menekankan aspek persekitaraniaitu dari sudut kesesuaian objektif dengan tujuan program, pengetahuan dan kemahiran sertaminat peserta MKMF (min=4.04, sisihan piawai=0.572). Dimensi input pula berkaitan sudutperanan peserta, peralatan, kemudahan dan peruntukan kewangan serta pencapaian matlamat dalam program MKMF (min=3.84, sisihan piawai=0.663). Berkaitan dimensi proses mencakupi sudut strategi pelaksanaan dalam mencapai objektif program MKMF (min=3.90, sisihan piawai=0.569). Akhir sekali dimensi produk melibatkan sudut pencapaianobjektif program MKMF (min=3.91, sisihan piawai=0.607). Maka jelas menunjukkan bahawakeperluan kepada kerangka pelaksanaan program MKMF adalah sangat diperlukan. Kerangkapelaksanaan program MKMF boleh digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan program agar lebihberkesan dan melakukan penambahbaikan berterusan. Ia juga dapat menyediakan maklumatuntuk menggalakkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian dalam usaha menjamin kecukupansumber bekalan makanan.