Analisis kompetensi pengetahuan,kemahiran dan sikap tenaga pengajar dalam melaksanakan amali pembuatan perabot di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kompetensi pengetahuan, kemahiran dansikap tenaga pengajar dalam melaksanakan amali Pembuatan Perabot (PP) diMalaysia. Ketiga-tiga elemen kompetensi tersebut dipilih berdasarkan modelkompetensi Iceberge. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zaini Osman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6236
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kompetensi pengetahuan, kemahiran dansikap tenaga pengajar dalam melaksanakan amali Pembuatan Perabot (PP) diMalaysia. Ketiga-tiga elemen kompetensi tersebut dipilih berdasarkan modelkompetensi Iceberge. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalamkajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 127 orang tenaga pengajar yang telah dipilihsecara rawak berstrata berdasarkan kategori jantina, pengalaman tahun mengajar,opsyen dan syarat kelayakan mengajar. Instrumen kajian iaitu soal selidik diadaptasiberdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). Soal selidikdisahkan oleh lima orang pakar. Kebolehpercayaan soal selidik daripada aspekketekalan dalaman diukur menggunakan indeks Alfa Cronbach (=0.98) untuk semuasub-konstruk. Oleh itu, instrumen kajian didapati mempunyai kesahan dankebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan penilaian kendiri, tenaga pengajarbersetuju bahawa mereka memiliki kompetensi sikap (M=4.54; SP=0.38),pengetahuan (M=4.37; SP=0.41) dan kemahiran (M=4.17; SP=0.36). Ujian-t yangdijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan [t(125)=0.001, p0.05]. Ujian korelasi Spearman pulamendapati tiada hubungan yang signifikan antara kompetensi tenaga pengajar denganpengalaman tahun mengajar amali PP (r=0.224, p>0.05). Kesimpulannya, dapatanutama kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi tenagapengajar berdasarkan jantina dan syarat kelayakan mengajar amali PP. Namun, tiadaperbezaan yang signifikan kompetensi tenaga pengajar berdasarkan opsyen danpengalaman tahun mengajar amali PP. Implikasi kajian menunjukkan jantina dansyarat kelayakan mengajar amali PP mempengaruhi kompetensi tenaga pengajarterhadap sesi amali PP. Justeru, dicadangkan pihak yang berkenaan dapat membantutenaga pengajar untuk memenuhi syarat kelayakan mengajar amali PP dan mengambilpendekatan yang sewajarnya dalam meningkatkan kompetensi tenaga pengajarterhadap sesi amali PP.