Faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian TMK terhadap PdPc dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhipengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan(PdPc) dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Kulim, Kedah. Kajian inimenggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Pakkiaraj David
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2020
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6260
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhipengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan(PdPc) dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Kulim, Kedah. Kajian inimenggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Kajian inimenggunakan Teori Penyebaran Inovasi oleh Rogers, Model Perancangan Integrasi Teknologi olehRoblyer serta Model Inovasi Teknologi oleh Moersch sebagai asas kepada kajian ini. Populasi kajianini terdiri daripada 411 guru matematik di sekolah rendah di Daerah Kulim, Kedah. Seramai 201 orangguru matematik telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Pemilihannya dibuat secarapersampelan rawak. Dapatan kajian menunjukkan guru matematik tidak pasti (min=3.13,SP=0.66) samada mereka membuat persediaan yang mencukupi untuk mengintegrasi TMK ke dalampengajaran mereka. Responden juga kurang bersetuju (min=2.37, SP=1.16) mereka berkomunikasidengan murid menggunakan sosial media. Namun dalam aspek kesediaan umum, gurumatematik bersetuju bahawa mereka bersedia daripada aspek pengetahuan TMK (min=3.96, SP=0.67),mengetahui matlamat pengintegrasian TMK (min=3.89, SP=0.70), mempunyai motivasi untukmenggunakan TMK dalam pengajaran (min=3.76, SP=0.72), mengetahui cara menggunakanbahan TMK (min=3.69, SP=0.74). Namun responden kurang pasti (min=3.25, SP=0.92) terhadaplatihan pengintegrasian TMK. Walaubagaimanapun, guru matematik bersetuju bahawa merekamemiliki kemahiran TMK (min=3.62, SP=0.83) dan mendapat sokongan pentadbir (min=3.49,SP=0.79). Analisis regresi pula menunjukkan faktor kemahiran TMK (=0.426, p