Peribahasa metafora haiwan dalam silang budaya Melayu dan Uzbek

Kajian ini bertujuan membandingkan peribahasa yang mengandungi metafora haiwandalam bahasa Melayu dan bahasa Uzbek. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan rekabentuk analisis teks. Sebanyak 26 peribahasa dalam bahasa Melayu dan26 peribahasa dalam bahasa Uzbek telah digunakan sebagai sampel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yuldashev, Azim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6264
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membandingkan peribahasa yang mengandungi metafora haiwandalam bahasa Melayu dan bahasa Uzbek. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan rekabentuk analisis teks. Sebanyak 26 peribahasa dalam bahasa Melayu dan26 peribahasa dalam bahasa Uzbek telah digunakan sebagai sampel kajian ini. Peribahasatersebut diambil daripada peribahasa yang melibatkan lima jenis haiwan iaitu anjing, ayam,ular, kambing dan ikan. Lima haiwan ini dipilih kerana kelima limanya banyak digunakan dalamperibahasa bahasa Melayu dan bahasa Uzbek. Lima haiwan ini adalah antara haiwan yang biasadijumpai di Malaysia dan Uzbekistan. Haiwan lain yang terdapat dalam peribahasa kedua duabahasa agak kurang popular dan tidak dapat dibuat perbandingan dalam kajian ini. Teori metaforakonseptual telah digunakan untuk menganalisis data dalam kajian ini. Data dianalisisberdasarkan unsur silang budaya antara bahasa Melayu dan bahasa Uzbek. Kajian inimendapati terdapat perbezaan dalam perkonsepsian metafora haiwan dalam peribahasa Melayu danUzbek kerana latar belakang budaya yang berbeza. Namun dalam perkonsepsian metafora yang menentukankeagamaan terdapat persamaan dalam tandangan terhadap haiwan yang digunakan dalam kedua-duakelompok peribahasa Melayu dan Uzbek. Kesimpulannya, kajian perbandingan dalam metafora Melayu dan Uzbek memperlihatkan kepelbagaian dalam penggunaan unsur haiwandalam peribahasa kedua-dua bahasa ini. Implikasinya, satu model kajian perbandingan bagimengkaji metafora konseptual antara pelbagai bahasa telah dihasilkan dan dapat dijadikanpanduan untuk kajian masa akan datang.