Kesan kaedah STAD terhadap pencapaian pembelajaran zoologi,sikap dan kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih di Universiti Sriwijaya

Kajian ini bertujuan membandingkan kesan antara kaedah pengajaran Student Teams-Achievement Division (STAD) dengan kaedah tradisional terhadap pencapaianpembelajaran zoologi, sikap saintifik, dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB)dalam kalangan guru pelatih di Universiti Sriwijaya. Pendekatan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kodri Madang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6336
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membandingkan kesan antara kaedah pengajaran Student Teams-Achievement Division (STAD) dengan kaedah tradisional terhadap pencapaianpembelajaran zoologi, sikap saintifik, dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB)dalam kalangan guru pelatih di Universiti Sriwijaya. Pendekatan kuantitatifmenggunakan reka bentuk kuasi eksperimen telah dijalankan selama tujuh mingguterhadap tujuh topik. Sampel terdiri daripada 85 orang guru pelatih PendidikanBiologi Universiti Sriwijaya yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 42 orangdalam kumpulan rawatan dan 43 orang lagi dalam kumpulan kawalan. Kumpulanrawatan diberikan kaedah STAD manakala kumpulan kawalan diberikan perkuliahandengan kaedah tradisional. Kesan STAD terhadap pencapaian zoologi diukur denganmenggunakan ujian aneka pilihan manakala sikap saintifik pula diukur dengan soalselidik. Kesan terhadap KPSB dikur dengan menggunakan soalan yang diadaptasidaripada TIPS (Test of Integrated Process Skills) II. Ketiga-tiga instrumen tersebutdiujirintis dan didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang mencukupi.Data dianalisis dengan menggunakan ujian ANCOVA untuk pencapaian pembelajaranzoologi, manakalanMANOVA beserta pelarasan Benferoni digunakan untuk analisissikap saintifik dan KPSB. Hasil kajian menunjukkan STAD adalah lebih berkesanberbanding dengan kaedah tradisional merentas hanya enam topik dalam ZoologiVertebrata, iaitu Kelas Agnatha dan Palcodermi, Osteichthyes, Amphibia, Reptilia,Aves, dan Mammalia. STAD pula mempunyai kesan positif yang signifikan terhadapsikap saintifik yang disumbang oleh tiga subdimensi, iaitu menyedari kebenaran tidakmutlak, yakin tentang alam bersifat teratur, dan sikap teliti dan hati-hati. Seterusnya,STAD mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap KPSB yang disumbang olehdua subdimensi, yakni mengenal pemboleh ubah, dan mendefinisi operasi.Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan keberkesanan Kaedah STAD dalammeningkatkan pencapaian pembelajaran zoologi, sikap saintifik, dan KPSB bagi gurupelatih dalam kursus Zoologi Vertebrata berbanding dengan pembelajarantradisional. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi terhadap penggunaan kaedahSTAD dalam pengajaran dan pembelajaran zoologi di peringkat pengajian tinggi sertapenyelidikan masa depan dalam konteks pendidikan sains.