Penilaian program intervensi tambah opsyen (PITO) dalam kalangan guru Sejarah bukan opsyen di sekolah menengah

Kajian ini adalah bertujuan menilai Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) dalamkalangan guru Sejarah bukan opsyen di sekolah menengah dengan menggunakan modelpenilaian CIPP. Pengesahan instrumen penilaian menggunakan model pengukuranRasch. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah d...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Norlizam Mohd Razali
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6365
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini adalah bertujuan menilai Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) dalamkalangan guru Sejarah bukan opsyen di sekolah menengah dengan menggunakan modelpenilaian CIPP. Pengesahan instrumen penilaian menggunakan model pengukuranRasch. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalampenilaian ini. Pemilihan subjek penilaian dijalankan secara census sampling iaitumelibatkan 247 orang guru bukan opsyen yang pernah mengikuti PITO Sejarah daritahun 2011-2013 seluruh negara. Instrumen penilaian yang digunakan ialah borang soalselidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisisdeskriptif menjelaskan sumber, aktiviti dan tahap kepuasan pengajaran guru, manakalastatistik inferensi pula melibatkan ujian-t dan ANOVA yang menerangkan perbezaandalam pembolehubah penilaian. Hasil penilaian menunjukkan bahawa sumber yangdigunakan dalam PITO dan aktiviti yang dijalankan dalam PITO menyumbang ke arahpeningkatan pengetahuan dalam mata pelajaran Sejarah dan kemahiran guru dalam PdPSejarah. Dapatan penilaian juga menunjukkan tahap kepuasan guru bukan opsyenmeningkat setelah mengikuti PITO Sejarah ini. Analisis ujian-t yang dijalankan jugamenunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara kemahiran pengajaran danpembelajaran guru berdasarkan jantina dan tempoh perkhidmatan guru. Manakala ujianANOVA juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam min tahap kepuasanpengajaran guru berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar dalam mata pelajaranSejarah. Implikasi penilaian ini menunjukkan guru-guru bukan opsyen Sejarah yangtelah mengikuti PITO Sejarah ini telah menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiranberkaitan dengan perancangan, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah,selain itu juga meningkatkan tahap kepuasan guru dalam melaksanakan pdp Sejarah dibilik darjah dari segi peningkatan minat guru terhadap Sejarah, peningkatan kepakarandalam pdp, peningkatan kemahiran dan perubahan tingkah laku murid kearah yanglebih positif terhadap mata pelajaran Sejarah. Kesimpulan menunjukkan PITO Sejarahtelah dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepuasan guru dalampengajaran dan pembelajaran Sejarah.