Tahap penguasaan kemahiran generik melalui mata pelajaran kokurikulum dalam kalangan pelajar terpilih di kolej matrikulasi Malaysia
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahirangenerik melalui mata pelajaran kokurikulum dalam kalangan pelajar terpilih di kolejmatrikulasi Malaysia. Objektif kajian adalah untuk melihat tahap persetujuanpenilaian kemahiran generik antara pensyarah dan pelajar, men...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6460 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahirangenerik melalui mata pelajaran kokurikulum dalam kalangan pelajar terpilih di kolejmatrikulasi Malaysia. Objektif kajian adalah untuk melihat tahap persetujuanpenilaian kemahiran generik antara pensyarah dan pelajar, mengklasifikasi elemenpenguasaan kemahiran generik berdasarkan hierarki instrumen kemahiran generikpelajar, dan akhir sekali mengenalpasti tahap penguasaan kemah iran generikberdasarkan aliran dan jantina pelajar. Kajian dilaksanakan ke atas empat buah kolejmatrikulasi di Zon Utara Semenanjung Malaysia. Melalui kajian ini kaedah kuantitatifsoal selidik digunakan. Saiz sampel kajian terdiri daripada (n=54) orang pensyarahkokurikulum dan (n=350) orang pelajar yang dipilih berdasarkan kaedah persampelanberstrata dan rawak bertujuan. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan tahappenguasaan kemahiran generik pelajar kolej matrikulasi boleh diklasifikasikan tinggipada elemen kerja berpasukan dan paling rendah pada elemen komunikasi. Tahappenguasaan pelajar terhadap elemen kemahiran kerja berpasukan adalah paling tinggi(M= 4.16, SD = 0.572) berbanding sembilan elemen lain. Ini turut dipersetujui olehpara pensyarah yang terlibat dalam kaj ian ini. Manakala, elemen komunikasimenunjukkan tahap penguasaan kemahiran pelajar berada paling bawah (M = 3.92,SD = 0.531). Melalui elemen komunikasi, dapat diperlihatkan bahawa aspekpenguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pelajar dalam menulis dan bertuturadalah paling rendah (M= 3.78, SD = 0.820). Berdasarkan dapatan, kaedah penilaianini sesuai digunakan sebagai alat ukur untuk mengukur tahap penguasaan kemahirangenerik pelajar dalam mata pelajaran kokurikulum di kolej-kolej matrikulasi. |
---|