Estetika ukiran klirieng, salong dan lijeng dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga dan Baram, Sarawak
Kajian kes kualitatif ini bertujuan untuk menjelaskan nilai-nilai estetika ukiranklirieng, salong dan lijeng dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belagadan Baram, Sarawak. Kajian ini dilakukan berdasarkan senario semasa danpermasalahan dalam konteks institusi sosial dalam menangani cab...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6477 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian kes kualitatif ini bertujuan untuk menjelaskan nilai-nilai estetika ukiranklirieng, salong dan lijeng dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belagadan Baram, Sarawak. Kajian ini dilakukan berdasarkan senario semasa danpermasalahan dalam konteks institusi sosial dalam menangani cabaran melestarikanestetika ukiran klirieng, salong dan lijeng mendepani arus globalisasi. Kutipan datakajian ini dilakukan di Rumah Panjang Punan Bah, di Rumah Panjang Tinjar, diMuzium Negeri Sarawak dan di Muzium Negara Kuala Lumpur. Sumber data utamadiperoleh melalui temu bual terhadap sembilan orang informan dalam kalangan OrangUlu yang berasal dari Belaga yang berumur antara 50 dan 90 tahun. Maklumat datalain diperoleh melalui kaedah pemerhatian, fotografi dan analisis dokumen. Kajianestetika ukiran klirieng, salong dan lijeng ini dilakukan berlandaskan prinsip-prinsipestetika oleh Zakaria Ali (1989) dan ciri-ciri institusi sosial yang telah dikemukakanoleh Hobbs dan Blank (1978). Dapatan kajian ini menunjukkan kepelbagaian motifyang mempunyai nilai estetika yang tinggi, menggambarkan prinsip perlambangan,bersatu, berguna, bermakna, berlawan dan prinsip halus yang diadaptasi daripadaunsur alam di Sarawak. Nilai estetika motif ukiran ini juga lebih menyerlah denganterdapatnya simbol, ideologi dan kod tingkah laku yang berkait dengan institusi sosialmasyarakat Orang Ulu. Implikasinya penekanan kepada pengembangan teori,kepentingan praktis dan pelestarian motif-motif ukiran klirieng, salong dan lijengwajar dipelihara dan dilestarikan. |
---|