Pembinaan semula kurikulum asas Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kajian ini bertujuan untuk membina semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu diUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengatasi masalah pembelajaran dalamkalangan pelajar antarabangsa. Adaptasi Teknik Delphi dan Teknik Analisis KandunganDokumen digunakan dalam kajian ini. Kajian dijalankan dalam t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Fawiz Bakri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6483
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu diUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengatasi masalah pembelajaran dalamkalangan pelajar antarabangsa. Adaptasi Teknik Delphi dan Teknik Analisis KandunganDokumen digunakan dalam kajian ini. Kajian dijalankan dalam tiga fasa, iaitu fasaanalisis, fasa membina dan fasa penilaian kurikulum. Fasa analisis melibatkan prosesmenganalisis pandangan informan dan ciri-ciri kurikulum sedia ada. Fasa membina pulamelibatkan proses membina semula kurikulum berdasarkan pandangan pakar dan bukupanduan mata pelajaran umum, manakala fasa penilaian kurikulum melibatkan prosesmemeriksa dan menganalisis kurikulum yang dibina semula. Proses penilaian inidilakukan dalam pusingan kedua Teknik Delphi. Lima orang pengajar mata pelajaranAsas Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa di Universiti Awam dan Swastadilibatkan sebagai informan kajian dalam kajian ini. Informan dipilih berdasarkanpersampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu berpandukan pengalaman dankepakaran mereka dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu. Informan juga dipilihberdasarkan garis panduan Skulmowski iaitu kerelaan, mempunyai masa yang mencukupiserta mampu berkomunikasi dengan baik. Temu bual semi berstruktur dan borang senaraisemak digunakan sebagai instrumen kajian ini. Temu bual semi struktur digunakan untukmendapatkan pandangan informan dari perspektif berbeza. Borang senarai semak puladigunakan untuk menganalisis kurikulum sedia ada dan kurikulum yang baru dibina.Dapatan kajian dalam fasa analisis menunjukkan wujud perbezaan antara kurikulum diinstitusi pengajian mengikut keperluan semasa. Selain itu, dapatan menunjukkan wujudkeperluan pertambahan masa, iaitu dari dua jam menjadi tiga jam untuk satu minggu.Dapatan turut mendapati bahawa pelbagai kaedah boleh dilakukan dalam pembinaankurikulum. Dalam fasa membina, dapatan menunjukkan bahawa pengkaji perlumenyesuaikan kurikulum dengan buku panduan matapelajaran umum selaras denganhasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketetapan Agensi Kelayakan Malaysia(MQA). Dalam fasa penilaian, dapatan menunjukkan pengasingan pelajar berdasarkanaras keupayaan individu boleh dilakukan sekiranya wujud tiga tahap pembelajaran danperlunya ujian penempatan untuk mengenal pasti tahap kemahiran pelajar.Kesimpulannya kurikulum Asas Bahasa Melayu boleh dibina dengan menganalisiselemen-elemen keperluan yang wujud seperti keupayaan pelajar, tempoh masa dankaedah pembelajaran. Implikasi kajian ini juga membawa kepada satu perspektif baharu,iaitu perlunya perubahan dalam pembinaan kurikulum Asas Bahasa Melayu bagimembentuk pelajar antarabangsa yang mahir menggunakan bahasa Melayu dengan baik.