Pelaksanaan pentaksiran dalam menentukan pencapaian tahap penguasaan murid berdasarkan standard prestasi KSSM pendidikan jasmani tingkatan 1
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencapaian tahap penguasaan murid bagipermainan bola jaring dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 1 melaluipentaksiran berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kaedahpra-eksperimen kajian kes sekali dijalankan terhadap tiga kategori...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6488 |
Tags: |
Add Tag
tahap
1
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencapaian tahap penguasaan murid bagipermainan bola jaring dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 1 melaluipentaksiran berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kaedahpra-eksperimen kajian kes sekali dijalankan terhadap tiga kategori sekolah menengahiaitu Sekolah Harian Biasa, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah BerasramaPenuh dalam Zon Pudu, Kuala Lumpur. Sampel kajian terdiri daripada tiga orangguru Pendidikan Jasmani dan 66 orang murid Tingkatan 1. Data dianalisis secaradeskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian murid adalah padaTahap Penguasaan 6 yang tertinggi dalam hieraki Standard Prestasi KSSM bagiSekolah Berasrama Penuh. Diikuti oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan berada padaTahap Penguasaan 5 dan Tahap Penguasaan 4 bagi Sekolah Harian Biasa. Dapatananalisis persepsi persetujuan guru dan murid terhadap penggunaan pentaksiran bolajaring berasaskan KSSM menunjukkan peratusan persetujuan berada pada tahap yangtinggi. Analisis ANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan skor min yangsignifikan [F (2,63) = 66.982, p = 0.000] terhadap keempat-empat pentaksiran bolajaring berasaskan KSSM antara tiga kategori sekolah menengah yang dikaji.Kesimpulan kajian menunjukkan pentaksiran bola jaring berasaskan KSSM sesuaidigunakan oleh guru untuk menentukan pencapaian tahap penguasaan muridberdasarkan Standard Prestasi. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan pentaksiranbola jaring Berasaskan KSSM dapat membantu guru meningkatkan keberkesananpembelajaran dan pemudahcaraan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan1. |
---|