Pembangunan model kelestarian pelancongan peribumi di Pulau Carey

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan model kelestarian pelanconganperibumi dari aspek modal insan, modal sosial, modal institusi, modal ekonomi dan modal alamsekitar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Kerangka konseptual kajian inidibina berdasarkan kepada beberapa teori yang dig...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noraini Mohd Shah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6503
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan model kelestarian pelanconganperibumi dari aspek modal insan, modal sosial, modal institusi, modal ekonomi dan modal alamsekitar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Kerangka konseptual kajian inidibina berdasarkan kepada beberapa teori yang digunakan iaitu teori pembangunan, teorikebudayaan, teori kelestarian, teori ekopelancongan, teori pelancongan budaya dan teoripelancongan peribumi. Teori-teori asas ini mempunyai hubungan dengan modal insan, modalsosial, modal institusi, modal ekonomi dan modal alam sekitar. Modal-modal ini didapatidari beberapa model iaitu model pelancongan peribumi, model berasaskan komuniti dan modelkelestarian. Data diperoleh daripada peserta kajian yang terdiri daripada 12 Orang Asli dan 13wakil agensi tempatan. Jumlah peserta kajian bagi masyarakat Orang Asli adalah sebanyak 12 OrangAsli terdiri daripada lima orang pengusaha anyaman, empat orang pengusaha ukiran, seorang tokbatin, seorang pemandu pelancong dan seorang jawatan kuasa kampung. Tambahan pula, 13 wakilagensi terdiri daripada enam pegawai dari JAKOA, tiga pegawai dari Kraftangan Malaysia, duapegawai dari Majlis Daerah dan dua pegawai dari Kementerian Pelancongan. Protokol temu bual,protokol pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan sebagai alat untuk mengumpuldata. Data akan mengeluarkan tema-tema yang telah dikenalpasti dan teknik triangulasi datadilakukan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan daripada hasil kajian. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa kesemua modal perlu dijadikan sebagai asas panduan dalam merangkamodel kelestarian pelancongan peribumi di Pulau Carey. Hasil kajian menunjukkan bentukpenglibatan masyarakat Orang Asli dalam bidang pelancongan peribumi dapat mengketengahkan adat dankebudayaan yang diamalkan secara turun temurun oleh Orang Asli serta produk kraftanganmereka kepada pelancong asing. Maka kajian ini menghasilkan Pembangunan Model KelestarianPelancongan Peribumi di Pulau Carey, Selangor Malaysia. Implikasi kajian ini dapatdigunakan dalam menyumbang ilmu pengetahuan untuk membangunkan polisi pelancongan peribumisecara praktikal terutama bagi negara yang mempunyai jumlah penduduk peribumiyang ramai.