Hubungan gaya kepimpinan situasi guru besar, komitmen organisasi dan keberkesanan sekolah di Bintulu, Sarawak
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan di antara gaya kepemimpinan situasi gurubesar, komitmen organisasi dan keberkesanan sekolah di Bintulu, Sarawak. Responden terdiridaripada guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis KebangsaanCina Bintulu, Sarawak. Borang soalselidi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6510 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan di antara gaya kepemimpinan situasi gurubesar, komitmen organisasi dan keberkesanan sekolah di Bintulu, Sarawak. Responden terdiridaripada guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis KebangsaanCina Bintulu, Sarawak. Borang soalselidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis inferensi seperti korelasi Pearson, ANOVA dan Regresi Pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru besar mengamalkan gaya kepemimpinan situasi dalam mengurus dengan mengamalkan gaya membimbing( 34.15% ), diikuti dengan gaya menyokong ( 33.72% ), mengarah ( 20.55% ) danmendelegasi ( 11.58% ). Dapatan kajian juga menunjukkan wujud pengaruh yang signifikanantara gaya kepemimpinan situasi guru besar dan komitmen organisasi dengan nilai korelasiyang positif iaitu r =0.336 dan nilai koefisien determinasi r= 0.113. Kesimpulannya guru besar sekolahberupaya untuk mempelbagaikan gaya kepemimpinan mereka dalam konteks kajian ini. Kemahiranmenganalisis perlu dikuasai oleh guru besar supaya mengenali setiap potensi sertakebolehan guru-gurunya. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan ilmu yangbermakna kepada dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, program latihanserta kursus yang disediakan untuk guru besar. |
---|