Pengaruh aspirasi kerjaya dan kepuasan pekerjaan terhadap perkembangan kerjaya wanita di bidang teknikal

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh aspirasi kerjaya dan kepuasanpekerjaan terhadap perkembangan kerjaya wanita dalam bidang pekerjaan teknikal. Reka bentuktinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Di samping itu, pendekatan kualitatif dalam bentuk temubual telah dijalankan dalam kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Shazielan Sharif
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6511
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh aspirasi kerjaya dan kepuasanpekerjaan terhadap perkembangan kerjaya wanita dalam bidang pekerjaan teknikal. Reka bentuktinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Di samping itu, pendekatan kualitatif dalam bentuk temubual telah dijalankan dalam kajian ini bagi menyokong data kuantitatif yang diperolehi. Sampelkajian seramai 105 orang pekerja wanita yang terdiri daripada 41 jurutera, 26 juruteknikdan 38 penyelia telah dipilih secara rawak berkelompok di sektor pembuatan di Semenanjung Malaysia.Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik dan protokol temu bual yang telah disahkanoleh tujuh orang pakar. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan,peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik inferens iaitu korelasi dan regresi jugatelah digunakan untuk menguji 10 hipotesis nol yang telah dibina. Dapatan utama daripadasoal selidik menunjukkan ketiga-tiga kumpulan sangat bersetuju (M=4.35, SP=0.46) bahawa mereka mempunyai aspirasi untuk berubah. Dalam konteks persekitaran kerja pula,responden bersetuju (M=4.20, SP=0.51) bahawa mereka selesa bekerja di tempat kerja sediaada dan responden juga bersetuju (M=4.09, SP=0.40) bahawa mereka mempunyai semangat kerjayang tinggi di tempat kerja. Bagi analisis korelasi pula, terdapat hubungan signifikan tetapilemah antara aspirasi kerjaya dengan perkembangan kerjaya responden (r=0.28, p0.05). Namunhubungan antara kepuasan pekerjaan dengan perkembangan kerjaya menunjukkan hubungansignifikan yang sederhana (r=0.44, p0.05). Analisis regresi pula menunjukkan terdapatpengaruh yang signifikan faktor waktu berkerja (=0.29, p0.05), kenaikan pangkat (=0.24, p0.05)dan gaji (=0.20, p0.05) terhadap peluang perkembangan kerjaya. Seterusnya, terdapat jugapengaruh faktor yang signifikan waktu berkerja (=0.26, p0.05), kenaikan pangkat (=0.22,p0.05), ganjaran (=0.18, p0.05) dan gaji (=0.18, p0.05) terhadap sokongan pihaksyarikat. Akhir sekali, hasil regresi juga menunjukkan waktu berkerja (=0.21, p0.05)mempengaruhi prestasi kerja. Kesimpulannya, dapatan empirikal kajian menunjukkan aspirasi kerjayadan kepuasan berkerja dalam kalangan pekerja teknikal wanita mempengaruhi perkembangan kerjaya mereka. Implikasinya, pekerja teknikal wanita serta pihak majikanperlu memberikan perhatian yang serius terhadap aspek aspirasi kerjaya, kepuasanpekerjaan serta perkembangan kerjaya dalam bidang pekerjaan teknikal.