Keberkesanan penggunaan badge button untuk meningkatkan minat belajara dan pencapaian murid terhadap pengajaran Bahasa Cina
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan program intervensi menggunakan badgebutton bagi meningkatkan minat belajar murid dalam mata pelajaran Bahasa Cina. Rekabentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini bagi melihat keberkesananprogram dalam perbandingan antara kumpulan rawatan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6530 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan program intervensi menggunakan badgebutton bagi meningkatkan minat belajar murid dalam mata pelajaran Bahasa Cina. Rekabentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini bagi melihat keberkesananprogram dalam perbandingan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Reka bentukpembalikan ABA (A-baseline, B-treatment, A-return to baseline) digunakan untukmemungut data bagi tingkat murid yang menunjukkan minat belajar semasa prosespengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan borang pemerhatian. Reka bentukpembalikan ABA adalah analisis perubahan minat belajar murid ke atas program BadgeButton yang bermula dari pungutan data sebelum intervensi (A), semasa intervensi (B) danselepas intevensi dihentikan (A). Seramai 84 orang kanak-kanak yang berumur 10 tahundaripada sebuah sekolah jenis kebangsaan cina yang terletak di daerah Batang Padang, Peraktelah dipilih sebagai sampel dan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 42 orang setiapkumpulan. Dapatan kajian juga menunjukkan skor min ujian pra kumpulan kawalan ialah53.512 manakala skor min pasca pula ialah 60.119. Peningkatan skor min bagi kumpulankawalan ialah sebanyak 6.607. Manakala, skor min ujian pra bagi kumpulan rawatan ialah56.905 dan skor min ujian pasca ialah 71.845 iaitu peningkatan skor min kumpulan rawatanadalah 14.941. Analisis keputusan soal selidik menunjukkan sambutan positif danmemaparkan keberkesanan penggunaan badge button dalam pengajaran Bahasa Cinaberbanding dengan pengajaran tradisional yang sering dijalankan oleh guru di dalam bilikdarjah. Secara kesimpulannya, penggunaan bagde button dalam pengajaran Bahasa Cinaini didapati berkesan dalam meningkatkan minat belajar murid berbanding dengan teknikkonvensional. |
---|