Pengetahuan Pedagogi kandungan dan amalannya di kalangan guru Matematik sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk menyiasat dan meneroka pengetahuan pedagogi kandungan(PCK) yang melibatkan empat komponen pengetahuan isi kandungan, pengetahuanpedagogi am, pengetahuan pedagogi khusus dan pengetahuan konteks yang digunakansemasa mengajar dan bagaimana komponen-komponen tersebut diintegra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Shah Saad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6540
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menyiasat dan meneroka pengetahuan pedagogi kandungan(PCK) yang melibatkan empat komponen pengetahuan isi kandungan, pengetahuanpedagogi am, pengetahuan pedagogi khusus dan pengetahuan konteks yang digunakansemasa mengajar dan bagaimana komponen-komponen tersebut diintegrasikan semasapengajaran pembelajaran tajuk Trigonometri. Dna kaedah kajian digunakan iaitu kaedahtinjauan melibatkan guru matematik tingkatan empat yang mengajar di daerah BatangPadang, Perak dengan menggunakan soal selidik bagi mendapatkan pandangan merekatentang pengetahuan dalam empat komponen PCK. Kajian kes pula melibatkan sepuluhorang guru matematik tingkatan empat yang dipilih secara 'persampelan bertujuan' dandata kualitatif diperoleh daripada lima protokol temu bual, pemerhatian dan pencerapanpengajaran pembelajaran di bilik darjah, dokumen serta catatan guru matematik semasapengajaran tajuk Trigonometri. Dapatan kajian mendapati guru matematik tingkatanempat ini mempunyai persepsi tentang pengetahuan bagi empat komponen PCK padatahap baik (min = 3.95) dan guru pengalaman (? 5 tahun) dan guru baru 5 tahun)mempunyai persepsi pada tahap penguasaan yang berbeza bagi komponen pengetahuanisi kandungan tetapi bagi komponen-komponen lain tidak ada perbezaan. Bagi kajiankes, kedua-dua kumpulan guru matematik ini nampaknya kurang berpengetahuan dalamkomponen pengetahuan isi kandungan yang berkaitan dengan matlamat dan objektifmatematik KBSM dan juga pengetahuan ten tang struktur sintaktik tetapi menguasaipengetahuan struktur substantif dengan baik. Bagi komponen pengetahuan pedagogi amdan pedagogi khusus, kedua-dua kumpulan guru matematik dilihat menguasainyadengan baik dalam aspek-aspek tertentu tetapi cara pelaksanaan mereka agak berbeza.Kaedah penerangan dianggap amat berkesan bagi pengajaran matematik danperancangan aktiviti pengajaran pembelajaran dilihat amat tipikal di kalangan merekaiaitu memulakan dengan set induksi, memberi penerangan, soal jawab secara lisan,memberi latihan, memantau dan pengajaran diakhiri dengan memberi kerja rumahsebagai latihan pengukuhan. Guru matematik baru dilihat kurang berkemampuan untukmengenal pasti kesukaran dan miskonsepsi pelajar tentang tajuk Trigonometri danpengalaman mengajar dilihat merupakan satu atribut yang penting dalam meningkatkankeyakinan mengajar terutamanya di kalangan guru matematik baru. Pengintegrasiankomponen-komponen PCK yang diamalkan agak berbeza di an tara guru matematik barudan berpengalaman. Amalan aktiviti pemulihan dan pengayaan tidak dapat dikesan dikalangan guru matematik baru dan guru matematik berpengalaman. Kajian ini juga turutmembincangkan beberapa implikasi dapatan kajian dan cadangan-cadangan untukmeningkatkan mutu program pendidikan matematik di universiti-universiti tempatan dankualiti pengajaran pembelajaran matematik.