Sejarah Jugra dari tahun 1857 hingga 1957

Kajian ini tentang sejarah Jugra dari tahun 1857 hingga 1957. Kajian ini bertujuanuntuk menjelaskan kegemilangan Jugra era pentadbiran Sultan Abdul Samad. Jugratelah berkembang sebagai sebuah kawasan perkampungan yang bersifat multifunctionmelalui pembinaan pelbagai infrastruktur moden seperti pejab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noorjannah Adam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6554
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini tentang sejarah Jugra dari tahun 1857 hingga 1957. Kajian ini bertujuanuntuk menjelaskan kegemilangan Jugra era pentadbiran Sultan Abdul Samad. Jugratelah berkembang sebagai sebuah kawasan perkampungan yang bersifat multifunctionmelalui pembinaan pelbagai infrastruktur moden seperti pejabat daerah, sekolah, pusatkesihatan dan penjara. Perkembangan ini didorong oleh faktor dalaman dan luaranseperti kebijaksanaan pentadbir tempatan dan campur tangan British. Kaedahpenyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif denganmemberi penekanan kepada kajian analisis dokumen. Antara dokumen yang dikajiadalah Colonial Office (CO), Minutes of Selangor State Council (MSC) dan SelangorSecretariat Files (SSF). Dapatan kajian menunjukkan perkembangan Jugra didorongoleh pemilihannya sebagai sebuah pusat pentadbiran negeri Selangor. Dapatan kajianjuga membuktikan kebijaksanaan Sultan Abdul Samad memanfaatkan campur tanganBritish di negeri Selangor telah menyumbang kepada perubahan landskap danperkembangan infrastruktur yang bersifat moden di Jugra. Kemerosotan Jugrabermula pada tahun 1896 selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad. Kegemilanganperanan Jugra semakin dilupakan menjelang tahun 1957 apabila kerajaan tempatandan British masing-masing mengalihkan tumpuan kepada beberapa perkara dalamanseperti usaha ke arah kemerdekaan dan pemulihan Tanah Melayu selepas penjajahanpihak Jepun di samping beberapa perubahan lain yang tidak memberi tumpuan kepadaperkambangan Jugra. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa Jugra pernahmencapai zaman kegemilangan di bawah pentadbiran Sultan Selangor keempat iaituSultan Abdul Samad. Walau bagaimanapun kegemilangan tersebut tidak dapatditeruskan disebabkan oleh beberapa krisis besar yang berlaku di Tanah Melayuamnya dan negeri Selangor khususnya. Kesimpulannya, Jugra pernah mengalamizaman kegemilangan terutama semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Samad.Implikasinya, kajian sangat penting khususnya orang awam dalam memahami sejarahtempatan dan juga pihak berkuasa tempatan dalam merancang pembangunan untukkemudahan rakyat di negeri Selangor.