Motivasi kesukarelawanan dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru di Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk memahami pelbagai dimensi motivasi kesukarelawanan(nilai, kefahaman, peningkatan, kerjaya, sosial dan perlindungan) yang wujud dalamkalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru di Sarawak yang terlibat dalam kursusBina Insan Guru (BIG). Kursus BIG merupakan kursus selama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adiba Umar@Adli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6561
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memahami pelbagai dimensi motivasi kesukarelawanan(nilai, kefahaman, peningkatan, kerjaya, sosial dan perlindungan) yang wujud dalamkalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru di Sarawak yang terlibat dalam kursusBina Insan Guru (BIG). Kursus BIG merupakan kursus selama enam semester yangmendedahkan guru pelatih dengan aktiviti yang dapat memupuk kemahiran insaniahantaranya melalui program kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Kajian ini jugamenganalisis korelasi antara pelbagai pembolehubah iaitu dimensi motivasikesukarelawanan, tahap kepuasan dan kesediaan penglibatan berterusan sebagaisukarelawan. Kaedah pengumpulan data adalah melalui soal selidik yang diadaptasidaripada Volunteer Functions Inventory (VFI). Seramai 204 orang guru pelatihsepenuh masa IPG di Sarawak dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan respondenadalah secara persampelan rawak iaitu guru pelatih tahun akhir yang telah lengkapmengikuti kursus Bina Insan Guru. Dapatan kajian ini menunjukkan jenis motivasikesukarelawanan guru pelatih IPG yang paling tinggi ialah motivasi kefahaman. Inimenunjukkan motivasi utama yang mendorong guru pelatih terlibat dalam aktivitikesukarelawanan adalah untuk mempelajari pelbagai perkara baharu danmenggunapakai ilmu yang dimilikinya. Jenis motivasi kedua tinggi ialah motivasinilai alturisme, di mana guru pelatih yang terlibat dalam program kesukarelawananjuga didorong oleh sifat kemanusiaan dan belas kasihan. Hasil kajian jugamenunjukkan motivasi nilai alturisme kesukarelawanan mempunyai hubungansignifikan yang paling tinggi dengan tahap kepuasan yang diperolehi oleh guru pelatihdalam penglibatan kesukarelawanan. Selain itu, kajian ini juga mendapati wujudnyahubungan yang signifikan antara motivasi kesukarelawanan dengan tahap kepuasandiri guru pelatih dan kesediaan penglibatan berterusan guru pelatih sebagaisukarelawan pada masa depan. Hasil kajian menunjukkan kursus BIG berjayamembantu memberi pendedahan dan kefahaman yang baik kepada guru pelatihtentang kesukarelawanan. Kajian ini turut mencadangkan kursus BIG bolehditambahbaik lagi berdasarkan jenis motivasi, tahap kepuasan diri dan semangatuntuk terus menjadi sukarelawan dalam kalangan guru pelatih.