Sosialisasi semula pesalah muda melalui perintah khidmat masyarakat dalam pembentukan tingkah laku

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca berlakunya jenayah dalam kalanganpesalah muda dan meneroka aktiviti Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) yang telahmereka ikuti dalam pembentukan tingkah laku. Kajian juga meneroka pandangan pesalahmuda terhadap aktiviti PKM dan melihat implikasi program...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rahman Mat Nordin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6612
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca berlakunya jenayah dalam kalanganpesalah muda dan meneroka aktiviti Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) yang telahmereka ikuti dalam pembentukan tingkah laku. Kajian juga meneroka pandangan pesalahmuda terhadap aktiviti PKM dan melihat implikasi program PKM yang telah mereka lalui.Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan untuk meneroka isu ini.Responden kajian melibatkan enam orang pesalah muda lelaki berumur 18 hingga 21 tahunyang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah dan telah menjalani PKM di empatbuah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di Negeri Perak. Kaedahpengumpulan data melibatkan analisis dokumen, pemerhatian, dan temu bual secaraindividu. Triangulasi data dibuat melalui ketiga-tiga kaedah tersebut. Data dianalisisdengan menggunakan kaedah analisis dokumen, melibatkan fasa penelitian, pengkodan,pengecilan data serta pembinaan tema dan pengkategorian maklumat berdasarkanpendekatan Fraenkel, Wallen & Hyun, (2012: 20). Hasil kajian daripada analisis dokumenmendapati punca berlaku jenayah dalam kalangan pesalah muda adalah kecuaian dirisendiri, konflik keluarga, hilang kawalan diri, gagal mematuhi undang-undang, kurangkasih sayang ayah dan pengaruh rakan sebaya. Hasil kajian daripada pemerhatianmenunjukkan bahawa bentuk aktiviti khidmat masyarakat yang biasa dilaksanakan ialahmenyapu sampah, mencuci tandas, mengemop lantai di masjid dan PKMD. Dapatan kajiandaripada temu bual juga menunjukkan bahawa responden berpandangan membersihPKMD, sesi latihan menguruskan jenazah, sesi amali solat, slot seks bebas dan impakkepada generasi muda adalah penting. Kesimpulannya, PKM mampu menyumbangkepada bertaqwa kepada ALLAH, mengingati kematian, memulihkan dan menginsatkanpesalah muda. Implikasi kajian ini menunjukkan PKM boleh digunakan sebagai satupendekatan sosialisasi semula yang menyumbang secara positif kepada pembentukantingkah laku.