Pembentukan komuniti kampung baru cina daerah Ulu Selangor dalam pembenterasan komunis (1948-1957)

Kajian ini bertujuan menganalisis pembentukan komuniti kampung baru Cina dalampembanterasan komunis di daerah Ulu Selangor pada tahun 1948-1957. Rancanganpenempatan kampung baru telah dilaksanakan di bawah rancangan Briggs bertujuan untuk menyekatkoloborasi di antara komuniti Cina dengan pergerakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Bukhari Badrul Hisham
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6634
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis pembentukan komuniti kampung baru Cina dalampembanterasan komunis di daerah Ulu Selangor pada tahun 1948-1957. Rancanganpenempatan kampung baru telah dilaksanakan di bawah rancangan Briggs bertujuan untuk menyekatkoloborasi di antara komuniti Cina dengan pergerakan Parti Komunis Malaya di daerah Ulu Selangor.Pelaksanaan rancangan penempatan semula penduduk setinggan ke dalam penempatan kampung barutelah memberikan kesan serta cabaran kepada komuniti kampung baru Cina di daerah tersebut.Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen dan manuskrip berasaskan tafsiran hermeneutik telah digunakan untuk menganalisis sumber primer iaitu dokumen danmanuskrip yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti fail, Colonial Office Ulu Selangor,British Adviser Office Selangor, laporan tahunan, dan keratan akhbar. Kajian turutdisokong oleh sumber kedua yang diperoleh dari perpustakaan Institut Pengajian TinggiAwam yang terdapat di Malaysia. Kajian ini mendapati rancangan penempatan semula komunitikampung baru Cina telah memutuskan sumber bekalan makanan dan keperluan kepada gerakan komunis. Pembentukan penempatan semula ini telah melemahkan kekuatan pihak komunis disebabkan oleh kegagalan dalam mendapatkan sokongan menjadi faktor kejayaan pembanterasan ancaman komunis. Namun begitu, dapatan kajian mendapati penempatansemula komuniti kampung baru Cina di daerah Ulu Selangor telah menghadapi pelbagaimasalah dalam mengharungi kehidupan mereka. Dasar penempatan semula setinggan Cina ke dalam kawasankampung baru telah menyebabkan terbentuknya penempatan kampung baru yang terpisah mengikut kaum yang membawa perubahan yang besar kepada pembentukan taburan penempatanpenduduk di kawasan Ulu Selangor. Kesimpulannya, kajian ini mendapati rancangan penempatan semula kampung baru telah berjaya melumpuhkan gerakan komunis, namunmemberikan impak kepada kehidupan kehidupan masyarakat Cina di daerah Ulu Selangor. Implikasidaripada kajian ini dapat memberi gambaran kepada asas pembentukan kampung baru Cina dan garis panduan dalampembinaan sebuah negara berbilang kaum.