Pembangunan perisian pembelajaran multimedia interaktif fardhu ain ibadah pendidikan khas (MIFIPK) bermasalah pembelajaran

Tujuan kajian ini adalah membangunkan sebuah perisian pembelajaranMultimedia Interaktif Fardhu Ain Ibadah untuk murid-murid Pendidikan KhasBermasalah Pembelajaran (MiFiPK). Reka bentuk kajian adalahpembangunan perisian menggunakan model ADDIE iaitu analisis keperluan,rekabentuk, pembangunan, pelaksa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Adawiyah Khosin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6636
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah membangunkan sebuah perisian pembelajaranMultimedia Interaktif Fardhu Ain Ibadah untuk murid-murid Pendidikan KhasBermasalah Pembelajaran (MiFiPK). Reka bentuk kajian adalahpembangunan perisian menggunakan model ADDIE iaitu analisis keperluan,rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Berpandukan modelADDIE, beberapa fasa dilalui iaitu fasa analisis keperluan (pemilihan tajuk dankonten), fasa rekabentuk (penulisan papan cerita), fasa pembangunan(pengarangan perisian HTML [Hypertext Markup Language], fasapelaksanaan (semakan bahan, teknikal dan antara muka), fasa penilaian(penilaian oleh tiga orang pakar). Selain itu, pengkaji turut menggunakan teorikognitif multimedia Mayer, teori konstruktif dan gaya pembelajaran VAK (visual,audio dan kenestatik) iaitu dengan memasukkan elemen-elemen pentingdaripada teori-teori tersebut semasa proses pembangunan perisian ini.Instrumen kajian adalah satu set soal selidik. Dalam fasa analisis keperluan,pemilihan tajuk dan elemen kandungan perisian adalah berdasarkan dapatandaripada soal selidik yang dijawab oleh 32 orang guru yang mengajarmatapelajaran pendidikan Islam Pendidikan Khas di Pulau Pinang. Untukmenentukan kesahan perisian, tiga orang pakar dipilih untuk setiap domain yangdikaji (reka bentuk, multimedia interaktif dan teknikal). Data soal selidikmenunjukkan guru sangat bersetuju (M=4.73, SP=0.34) bahawa tajuk bersuciadalah penting untuk dimasukkan dalam perisian, diikuti oleh solat (M=4.10,SP=0.52), dan puasa (M=3.69, SP=0.68). Pengkaji juga menggunakan indeksCohen Kappa untuk menilai tahap persetujuan pakar bagi kesahan kandungandan kesahan perisian. Nilai min koefisen Cohen Kappa (K) bagi konstrukkesahan kandungan perisian MiFiPK adalah 0.92 (sangat baik) dan konstrukaplikasi teori ialah 0.84 yang diperoleh daripada tiga orang pakar kandungan.Sementara itu, nilai min koefisen (K) bagi tiga konstruk yang dipersetujui olehtiga orang pakar perisian untuk bahagian rekabentuk persembahan ialah 0.91(sangat baik), Multimedia Interaktif ialah 0.82 (sangat baik) dan min koefisenbagi bahagian teknikal adalah 0.83 (sangat baik). Kesimpulannya, dapatanutama kajian menunjukkan bahawa perisian MiFiPK mempunyai kesahankandungan dan teknikal yang tinggi. Justeru, ia sesuai digunapakai kepadamurid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Implikasi daripadapenghasilan produk multimedia ini adalah ia dijangka dapat membantu pelajarpendidikan khas masalah pembelajaran dalam meningkatkan kefahaman sertaamalan mereka dalam bidang toharah, solat dan puasa. Perisian ini juga mungkinberguna kepada pelajar pendidikan khas yang lain seperti masalah pendengaran danautisma.