Pengaruh tahap literasi kewangan, pengurusan kewangan, hutang dan faktor demografi terhadap kesejahteraan kewangan

Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh tahap literasi kewangan, pengurusankewangan, hutang, dan faktor demografik (jantina, umur, tahap pendidikan dan zon kajian) terhadapkesejahteraan kewangan dalam kalangan pekerja di Zon Tengah (Wilayah Persekutuan KualaLumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Aina Nadiah Muhammad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6649
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh tahap literasi kewangan, pengurusankewangan, hutang, dan faktor demografik (jantina, umur, tahap pendidikan dan zon kajian) terhadapkesejahteraan kewangan dalam kalangan pekerja di Zon Tengah (Wilayah Persekutuan KualaLumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) dan Zon Utara (Perak dan Kedah), Malaysia.Pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 403 orang pekerja yang berkhidmat dalam sektorawam dan swasta terlibat dalam kajian ini. Sampel diperoleh melalui pengedaran borangsoal selidik secara dalam talian melaui e-mel kepada responden yang bekerja dalam organisasi dizon kajian. Analisis data dibahagikan kepada analisis deskriptif iaitu analisis min,peratus dan sisihan piawai serta analisis inferensi yang melibatkan ujian ANOVA, korelasiPearson dan regresi berganda. Dapatan ANOVA mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahapliterasi kewangan (p= 0.028), pengurusan kewangan (p= 0.000), hutang (p= 0.000) dan kesejahteraankewangan (p= 0.001) berdasarkan faktor umur responden. Analisis korelasi Pearson mendapati wujudnyahubungan yang signifikan di antara tahap literasi kewangan (r= 0.024, p= 0.011),pengurusan kewangan (r= 0.524, p= 0.000) dan hutang (r= 0.622, p= 0.000) dengankesejahteraan kewangan. Analisis regresi berganda menunjukkan nilai R terlaras bersamaandengan 0.51 dengan pemboleh ubah pengurusan kewangan, hutang dan umur mempengaruhikesejahteraan kewangan (=0.814, p= 0.000). Dapatan kajian ini boleh dijadikan asas oleh pihakpembuat dasar dalam memperkenalkan pelan pendidikan kewangan yang bersifat komprehensif melaluibadan-badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), AgensiKaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan majikan dalam membantu golongan pekerja mencapaikesejahteraan kewangan. Pengetahuan kewangan yang baik akan membolehkan individu bekerjamemainkan peranan secara berkesan dalam suasana ekonomi negara yang semakinmencabar.