Analisis metafora berasaskan bunga dalam karya agung Pantun Melayu : Bingkisan Permata berdasarkan Teori Relevens (TR) dan Rangka Rujuk Silang (RRS)
Kajian ini mendalami peranan flora dengan menfokuskan bait-bait pantun yang mengandungiunsur bunga sebagai metafora untuk mengambarkan tentang nilai estetika, peradaban,pemikiran dan akal budi leluhur bangsa Melayu. Objektif utama kajian ini dijalankanbertujuan untuk mengenal pasti pemilihan metafor...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6653 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini mendalami peranan flora dengan menfokuskan bait-bait pantun yang mengandungiunsur bunga sebagai metafora untuk mengambarkan tentang nilai estetika, peradaban,pemikiran dan akal budi leluhur bangsa Melayu. Objektif utama kajian ini dijalankanbertujuan untuk mengenal pasti pemilihan metafora berasaskan bunga sebagai simbol yang bermaknadalam Karya Agung Pantun Melayu Harun Mat Piah, serta menganalisis metafora dan menghuraikanmetafora berasaskan bunga sebagai asosiasi budaya dan sains dalam Karya Agung PantunMelayu Harun Mat Piah menggunakan Teori Relevans (TR) dan Rangka Rujuk Silang (RRS).Terdapat sebanyak 222 kuplet pantun pada bahagian pembayang dan maksud daripadasebanyak 4000 rangkap pantun yang terdapat dalam Karya Agung Pantun Melayu: Bingkisan Permata Harun koleksi Harun Mat Piah (2001) mengandungi metafora berasaskan bungayang ditemui dalam setiap bab, iaitu Bingkis Pemula (20), Bingkis Bicara (62), Bingkis Kasih (121) dan Bingkis Penutup (19). Berdasarkan jumlah ini, hanya 12 jenisbunga sahaja dipilih sebagai data kajian berdasarkan prosedur saringan dan mengambil kirajumlah kekerapan dan keunikan. Analisis metafora berasaskan bunga ini dengan menggunakanpendekatan Teori Relevans (TR) dan Teori Rangka Rujuk Silang (RRS). Hasil dapatan kajian inimenunjukkan bahawa terdapat pelbagai makna metafora berasaskan bunga dalam Karya Agung PantunMelayu : Bingkisan Permata Harun koleksi Harun Mat Piah (2001) seperti Tema Perasaan, TemaKeunggulan Tema Warisan, Tema Estetika dan Tema Mitos. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawametafora berasaskan bunga menerusi makna tema yang diperoleh yang terdapat dalam datakajian membawa Nilai Peradaban, Nilai Tamadun Bangsa, Nilai Budaya Bangsa, Nilai Keindahan danNilai Keunikan. Hal ini dapat menunjukkan bahawa penciptaan metafora berasaskan bungadalam Karya Agung Pantun Melayu : Bingkisan Permata Harun koleksi Harun Mat Piah (2001)begitu tinggi daya pengamatannya dan teliti dalam penciptaannya oleh penukilpantun. |
---|