Model mengalami-menghayati dalam pengajaran Bahasa Iban dengan menggunakan ensera

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah dan teknik pengajaran guru dalam pengajaran bahasa Iban menggunakan ensera. Kajian ini melibatkan cerita tradisional masyarakat Iban yang membawa kisah kepahlawanan wira-wira dari Panggau Libau (dunia kayangan) yang disampaikan secara nyanyian tetapi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Doratya Gerry
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6667
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah dan teknik pengajaran guru dalam pengajaran bahasa Iban menggunakan ensera. Kajian ini melibatkan cerita tradisional masyarakat Iban yang membawa kisah kepahlawanan wira-wira dari Panggau Libau (dunia kayangan) yang disampaikan secara nyanyian tetapi diselang-seli dengan sedikit penerangan dan perbualan dalam bentuk prosa. Kajian ini memanfaatkan kerja lapangan di SMK Engkilili dengan melibatkan 10 orang guru. Kajian ini menggunakan instrumen temu bual berbentuk separa berstruktur dan senarai semak. Teori Konstruktivisme dan Teori Moral digunakan untuk melihat kaedah dan teknik serta menunjukkan nilai dalam ensera dan tahap kepakaran guru-guru terhadap ensera. Data dianalisis secara analitikal dengan menghuraikan jawapan transkrip temu bual secara bertulis bagi menjawab objektif yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan kaedah mengalami-menghayati sebagai satu model amalan terbaik dalam konteks pengajaran ensera. Teknik pengajaran yang digunakan untuk mengajar ensera dapat dikenal pasti melalui aktiviti-aktiviti yang diaplikasikan di dalam kelas seperti teknik bercerita, membaca, lakonan, kerusi panas, berdialog, perbincangan, latih tubi, dan drama. Kesimpulannya, pengajaran bahasa Iban menggunakan ensera dapat memberikan kesedaran terhadap penguasaan nilai-nilai murni seperti keberanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Teknik ini mendorong melakukan kebaikan, membentuk sikap kerajinan, sabar menjalani kehidupan serta memupuk sikap pemurah. Kaedah mengalami-menghayati adalah satu cadangan yang harus dijadikan rutin harian kepada guru bahasa Iban di sekolah. Implikasinya ialah murid boleh memberikan pendapat yang sangat baik melalui pengetahuan, pendapat dan pengalaman, penikmatan dan penghayatan dalam pengajaran bahasa Iban.