Kesan arahan tumpuan terhadap aktiviti otot dan prestasi semasa senaman squat

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan arahan tumpuan terhadap aktiviti otot dan prestasisenaman squat. Seramai 36 orang pelajar perempuan universiti awam telah menyertai kajian ini dandibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan, iaitu 12 orang bagi setiap kumpulan. Tigakumpulan tersebut a...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nor Fazila Abd Malek
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6670
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan arahan tumpuan terhadap aktiviti otot dan prestasisenaman squat. Seramai 36 orang pelajar perempuan universiti awam telah menyertai kajian ini dandibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan, iaitu 12 orang bagi setiap kumpulan. Tigakumpulan tersebut adalah arahan tumpuan dalaman (TD), tumpuan luaran (TL) dan kawalan. Arahan yangdiberikan kepada kumpulan TL adalah membayangkan seperti duduk di atas kerusi manakalakumpulan TD diarah untuk menumpukan kepada pergerakan dan kedudukan anggota tubuh badan. Elektromiografi (EMG) digunakan untuk mengukur aktiviti otot semasa melakukansenaman squat manakala tapisan pergerakan Movement Competency Screen (MCS) pula digunakansebagai kriteria untuk mengukur prestasi perlakuan teknik squat yang betul. Tempoh intervensidijalankan selama enam minggu. ANOVA 3 kumpulan (arahan TD, arahan TL, kawalan) x 3 jenisotot (vastus lateralis, bicep femoris, gluteus maximus) digunakan untuk menganalisis perbezaanbacaan EMG pada otot yang terlibat mengikut kumpulan pada ujian pasca dan pengekalan. Ujianawal menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi ketiga-tiga kumpulan semasa ujian pra. Dapatanutama kajian menunjukkan bahawa TL memberi kesan yang signifikan dan lebih baik daripada TD dankawalan terhadap ketiga-tiga aktiviti otot. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat interaksi antara kumpulan dengan otot dalam ujian pengekalan, F(4,66)=10.439,p