Pengaruh media sosial terhadap kecenderungan penyelewengan tingkah laku seksual dalam kalangan remaja Melayu di sekolah menengah

Media sosial merupakan trend terkini perkembangan teknologi komunikasi yangmembolehkan manusia berhubung serta mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat dan perkembanganteknologi ini dilihat mempengaruhi gaya hidup kita dari pelbagai aspek. Kajian inidijalankan untuk mengenal pasti pengaruh media...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Irwan Junaidy Mohamed Ramli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6679
Tags: Add Tag
media 1
sm 1
sosial 1
Description
Summary:Media sosial merupakan trend terkini perkembangan teknologi komunikasi yangmembolehkan manusia berhubung serta mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat dan perkembanganteknologi ini dilihat mempengaruhi gaya hidup kita dari pelbagai aspek. Kajian inidijalankan untuk mengenal pasti pengaruh media sosial terhadap tingkah laku penyelewenganseksual dalam kalangan remaja Melayu. Seramai 317 orang pelajar tingkatan empat, lelakidan perempuan dari daerah Manjung Perak terlibat dalam kajian ini. Satu set soalselidik berskala Likert yang mengandungi 4 bahagian dan terdiri daripada 45 item di gunakan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach soal selidik adalah 0.83. Datadianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Kajian ini mendapati tahap penggunaanmedia sosial dalam kalangan remaja Melayu adalah tinggi dengan nilai (min=4.03, s.p=1.22)manakala tahap tingkah laku penyelewengan seksual dalam kalangan remaja Melayu adalahrendah iaitu (min=1.88, s.p=0.58). Tujuan janji temu/dating dalam kalangan remaja Melayulebih menjurus kepada perbincangan mengenai masalah cinta iaitu (min=2.15 , s.p=1.14). Kajianini mendapati, terdapat hubungan yang signifikan di antara komitmen keagamaan dengan tingkah lakupenyelewengan seksual dengan nilai korelasi Spearman (r=0.182, p=0.001) di mana semakin tinggikomitmen keagamaan semakin rendah tingkah laku penyelewengan seksual. Namun, kajian ini mendapatimedia sosial tidak mempengaruhi tingkah laku penyelewengan seksual dalam kalangan remaja Melayudengan nilai (p=0.165, p>0.05). Sesuatu yang menarik dalam kajian ini, terdapat remajalelaki yang memiliki akaun media sosial untuk golongan gay dan terdapat remaja Melayu mengadakan janji temu/dating bertujuan untuk melakukan maksiat atau membincangkanmengenai hubungan seks. Implikasi kajian ini menunjukkan kesedaran serta pegangan agama yang kuatdalam diri seseorang remaja akan membantu remaja tersebut untukmenghindari diri dari terlibat dengan tingkah laku penyelewengan seksual.