Analisis pemikiran puisi A.Samad Said & Taufiq Ismail dalam isu sosial

Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitumengenal pasti pengalaman sosial dan politik penyair yang terlibat, dalam sesuatu isu sosial yangterdapat dalam puisi A Samad Said dan Taufiq Ismail. Kedua, mengenai hal-hal kemanusiaan,kemasyarakatan, dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rahim Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6691
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitumengenal pasti pengalaman sosial dan politik penyair yang terlibat, dalam sesuatu isu sosial yangterdapat dalam puisi A Samad Said dan Taufiq Ismail. Kedua, mengenai hal-hal kemanusiaan,kemasyarakatan, dan sosiopolitik dalam isu-isu sosial. Ketiga, menganalisis makna dan mesejyang terdapat dalam karya puisi kedua-dua penyair, yang mengungkapkan permasalahan sosial orangMelayu. Kajian ini menggunakan teori Semiotik Charles Sanders Peirce, teori tanda JonathanCuller, dan Aart van Zoest, untuk mencari dan memahami makna tanda-tanda tentang isu-isusosial dalam teks puisi A.Samad Said dan Taufiq Ismail. Dapatan kajian ini berjaya menemukantanda-tanda ikon imej, ikon diagram dan ikon metafora, yang digunakan oleh penyair untuk memperjelaskan isu-isu sosial yang terangkum dalam puisi-puisi yang dikaji. Kesimpulannya, isu sosial yang utama ditemui ialah pengalaman sosial dan politiktersebut, implikasi kajian ini berasaskan kepada sumbangan penyair A Samad Said dan Taufiq Ismail yang mencatatkan segala pengalaman sosial yang penting dalam negaranya,perlu dilihat dan diterima sebagai suatu khazanah persuratan dan tamadun bangsa Melayu. Dapatan ini juga memperlihatkan pentingnya para penyair disamatarafkan denganpemikir, ilmuan serta intelektualisme peradaban negara bangsaMelayu.